suria

Aiman Hakim Terpaksa Cerewet

Aiman Hakim Redza
KUALA LUMPUR:  Pelakon Aiman Hakim berkata, dia perlu menjadi seorang artis yang cerewet dalam usaha menyusun strategi jika ingin bertahan dalam bidang seni.

Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Redza, 25, berkata, dia tidak mahu hanya dikenali dengan watak serupa setiap kali muncul di televisyen.

"Saya rasa sudah cukup untuk saya menerima watak yang lebih kurang sama sahaja dan kini saya ada strategi sendiri.

"Saya akan lebih memilih skrip dan watak yang berbeza yang mencabar kemampuan saya sebagai pelakon agar penonton tidak bosan," katanya kepada mStar Online.

Aiman ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta baharu produk penjagaan kulit Garnier Men bersama Fahrin Ahmad di Hotel Aloft KL Sentral di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu Aiman berkata, dia juga akan meneliti terlebih dahulu watak  jika ditawarkan berlakon dengan kekasihnya aktres Nur Fathia Latiff.

"Memang banyak tawaran yang ingin kami berlakon bersama tetapi saya tidak mahu  watak yang sudah biasa dibawa.

"Biarpun saya akui lebih senang bekerja dengan dia tetapi soal peribadi saya akan letak tepi bila bekerja," katanya.

Aiman berkata, dia bakal keluar dengan drama terbaharu berjudul Selamat Pengantin Madu di slot Zehra di TV3.

Dalam perkembangan lain, Aiman kini dalam proses mencari bahan untuk single ketiganya.

Sementara itu, mengulas tentang produk Garnier Men, Aiman mengakui dia adalah pengguna tetap produk tersebut sejak di bangku sekolah.

"Saya seorang yang lasak ketika di sekolah dahulu. Saya memang sudah menjadi penguna tetap produk ini sejak dulu lagi.

"Ketika itu saya lihat Fahrin Ahmad memang sesuai menjadi  duta Garnier Men  kerana dia seorang pemain ragbi dan tidak sangka pula saya turut terpilih untuk jadi jurucakap produk ini," katanya.
Aiman Hakim Redza, Astro

Artikel Sebelum

Akim Ahmad Kecil Hati

Artikel Berikut

Artikel Lain