suria

Farhan Kahwin Hujung Tahun Ini

Farhan dan tunangnya, Rashdan akhirnya memutuskan untuk berkahwin pada hujung tahun ini.

PETALING JAYA: Penyanyi Farhan mengesahkan dia dan tunangnya Ahmad Rashdan Suhaimi, 30, akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.

Farhan, 30, berkata, dia tidak boleh memberikan tarikh yang tetap kerana masih lagi belum mendapat pengesahan daripada pihak dewan namun akan mengadakan sidang media khas pada Julai ini.

"InsyaAllah kami akan berkahwin pada hujung tahun ini tetapi tarikhnya masih lagi belum dipastikan kerana kami masih menunggu pihak dewan memberikan jawapan penetapan tarikh.

"Macam mana terjadi sekalipun, kami tetap akan kahwin tahun ini juga dan tidak mahu menangguh masa lagi," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Khamis.

Sebelum ini Farhan dan Rashan terpaksa menangguh tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung tahun lalu kerana kesibukan kerja.

Farhan telah mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.

Pasangan itu menjalinkan hubungan selama tujuh tahun dan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012 dalam satu majlis yang di adakan di Cafe Flora, AmWalk, Ampang dekat sini.

Sementara itu, Farhan berkata dia kini sudah mula sibuk menguruskan persiapan perkahwinan dengan membeli barangan untuk majlis mereka sedikit demi sedikit.

Malah Farhan juga turut ke Jakarta bersama keluarga, Indonesia membeli barangan hantaran dan membeli kain dan baju untuk digunakan ketika menghadiri majlis-majlis hiburan selain memenuhi undangan nyanyian.

"Nak kahwin bukannya murah, ia memerlukan perbelanjaan yang besar. jadi saya dan Rashdan bercadang memberi barang-barang kahwin sedikit demi sedikit.

"Apabila dah sampai ke penghujung tarikh kahwin, tak adalah kami nak tergesa-gesa," ujarnya.

Farhan, Kahwin 2014

Artikel Lain