suria

Didie Alias Komen Fesyen 'Usung Pasu Bunga'

Didie Alias

PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias terkejut apabila gaun yang digayakannya pada malam Anugerah Bintang Popular 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung awal Mei lalu dikritik termaksuklah aksesori di kepalanya disamakan seperti pasu bunga.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sepatutnya isu tersebut tidak perlu menjadi bahan bualan kerana ia sudah menjadi sinonim dengan dirinya sebagai pengacara dan pelakon berimej pelik selain acara itu sudah lama berlalu.

"Pelik yer, ABPBH 2013 sudah lama berlalu, kenapa gaun yang saya pakai pada acara itu masih lagi dibualkan?

"Saya rasa orang yang mengkritik itu juga tidak kenal saya kut sedangkan sudah lama saya membawa imej-imej pelik bagi mana-mana acara sekali pun," katanya kepada mStar Online.

Pada Ahad lalu, menerusi program Hip TV terbitan TV9, yang dikendalikan oleh Hunny Madu itu, aktres Dynas Mokhtar dan pereka fesyen Zery Zamri yang menjadi tetamu undangan telah mengkritik imej Didie pada ABPBH 2013. Fesyen itu adalah rekaan bawah butik Allya Mysara.

Gaun Didie yang mendapat krtitikan baru-baru ini.

Dalam temu bual itu Dynas menyifatkan, sebagai seorang ibu mengandung, Didie tidak perlu menggayakan imej pelik terutamanya bagi memenuhi udangan untuk berjalan di karpet merah.

Dynas dalam nada bergurau turut menyamakan 'head gear' yang dipakai Didie itu umpam dia mengusung pasu bunga.

Sementara itu, tambah Didie, kenyataan Dynas dan Zery tidak membuatkan dia terasa hati kerana sudah lali dengan kritikan ramai berhubung penggayaan fesyennya itu.

Dalam pada itu, Kimi, salah seorang pereka fesyen di bawah label Allya Mysara yang dihubungi mStar Online berkata, gaun hijau itu adalah mengikut tema majlis tersebut iaitu 'magis alam' dan ia direka khas hasil gabungan idea daripada pihaknya sendiri bersama Didie.

"Mendengar temanya sahaja kita dapat bayangkan ia sangat unik dan kami ingin Didie dilihat sebagai puteri berunsurkan alam dengan penghasilan kain lace di badan manakala fabrik berombak di bahagian bawah.

"Tetapi head gear itu bukan kami yang sediakan sebaliknya ia adalah idea daripada Didie dan jurusoleknya iaitu Fery Karisma.

"Apa-apapun, kami tidak mempunyai masalah jika dikritik kerana ia dapat membina ilmu baharu tetapi biarlah ia membina dan selidik dahulu sebelum mahu memberi kritikan," tegasnya.
Didie Alias

Artikel Lain