suria

Star Radio Lancar kempen Championing Children

PETALING JAYA: Sebagai meningkatkan kesedaran isu-isu penderaan kanak-kanak, kumpulan radio Star mengambil inisiatif melancarkan kempen Championing Children.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Star Radio, Kudsia Kahar, kempen tersebut adalah bertujuan mendidik dan berkongsi informasi mengenai isu-isu penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

“Kempen Championing Children ini adalah satu usaha untuk mendidik masyarakat umum terhadap penderaan kanak-kanak dan kepentingannya untuk memastikan keselamatan anak-anak kita.

"Para pendengar boleh melayari laman web tiga stesen radio kami iaitu Red FM, 988, Suria FM dan Capital FM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai isu tersebut," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Tambah Kudsia, ia jua memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penderaan kanak-kanak.

Dalam pada itu para pendengar boleh mendapatkan maklumat mengenai pelbagai jenis penderaan, tanda-tanda penderaan dan talian bantuan menerusi laman web tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Championing Children ini, anda boleh layari www.red.fm, www.suriafm.com.my, www.capitalfm.com.my dan www.988.com.my

Artikel Lain