Ahmad Idham berkata, ketiga-tiga pelakon popular itu mampu menjadikan jalan cerita filem tersebut bertaraf antarabangsa.
"Pelakon-pelakon ini mewakili tiga negara iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia yang mana pemilihan ini dibuat bagi mengangkat jalan cerita Tembus ini kepada peringkat antarabangsa kerana isu penculikan kanak-kanak yang diketengahkan adalah isu dunia.
"Kalau saya ambil pelakon-pelakon Malaysia ia secara langsung akan dilihat sebagai isu negara sahaja," katanya kepada mStar Online.