suria

Diana Danielle Siapkan Lima Pasang Baju Melayu Buat Farid

Farid Kamil

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah mengakui terkejut apabila isterinya, aktres Diana Danielle sudah membuat persiapan Hari Raya dengan menyediakan sebanyak lima pasang baju Melayu untuknya.

Farid, 31, berkata, ini merupakan kali pertama dia memiliki baju raya yang banyak namun tetap bersyukur dan gembira, segala kelengkapan raya termasuklah untuk anak mereka, Muhammad, telah siap diuruskan isteri.

"Rasanya, tahun ini adalah tahun paling dahsyat kerana saya ada lima pasang baju raya! Semuanya Diana yang uruskan.

"Walaupun nampak macam hebat persiapan raya tahun ini, tetapi sebenarnya saya sekeluarga menyambut secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah,” katanya.

Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle.

Sementara itu, Farid yang akan  menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah turut berkongsi pengalaman Hari Raya pada zaman kanak-kanaknya di mana dia pernah tidak mempunyai baju raya gara-gara kesilapannya sendiri.

"Masih segar lagi memori itu, waktu kecil dahulu, sehari sebelum Aidilfitri, saya kononnya mahu mencuba baju Raya. Tetapi tiba-tiba ia terkoyak kerana saya jatuh.

"Tak fasal-fasal saya tidak ada baju raya dan hanya melihat cemburu adik beradik serta keluarga lain semua yang bergaya dengan baju baru," selorohnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain