suria

Fizo Mahu Aktif Berlakon Semula Selepas Dua Tahun

Fizo Omar mahu kembali aktif dalam bidang lakonan.
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar akan kembali aktif sebagai pelakon selepas hampir dua tahun tidak muncul dalam mana-mana projek sama ada drama atau pun filem.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, dia nekad berbuat demikian kerana rindu terhadap lakonan biarpun dia kini sibuk menguruskan perniagaannya Hot Burger dan melaksanakan tugas sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources.

"Sejujurnya memang saya rindukan dunia lakonan kerana itulah permulaan yang membawa kepada siapa saya hari ini. Tetapi kesibukan menguruskan perniagaan membuatkan saya terpaksa menolak tawaran yang datang.

"Bagaimanapun Insya-Allah selepas sambutan Hari Raya saya akan kembali aktif sebagai pelakon kerana sudah lama tidak muncul di televisyen," katanya kepada mStar Online.

Fizo kali terakhir muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Surat Dari Langit Biru pada awal tahun lalu. Dalam pada itu, Fizo berkata, buat permulaan dia hanya akan menerima projek yang tidak mengambil masa lama di lokasi penggambaran.

Fizo dan isterinya, Mawar.

Jelas Fizo, sekiranya sesuatu penggambaran itu melebihi tempoh masa iaitu dua bulan dia akan menolak secara baik tawaran tersebut.

"Saya bukannya demand terhadap jangka masa sesuatu penggambaran tetapi demi tidak menyusahkan mana-mana pihak lebih baik saya tidak ambil projek yang lebih daripada dua bulan.

"Ini kerana saya bimbang tidak dapat beri komitmen kerana saya mempunyai tanggungjawab terhadap perniagaan lain yang saya usahakan," jelasnya. 

Sementara itu, Fizo berkata, dia bersyukur setakat ini perniagaan Hot Burger yang diusahakannya telah berkembang kepada 150 gerai di lima buah negeri.

Tambah Fizo, dia berharap angka itu akan bertambah pada masa hadapan sekaligus memberi peluang kepada golongan muda untuk memulakan perniagaan.
Fizo Omar, Hot Burger, Fareeda.

Artikel Sebelum

Awi Rafael Aktif Buat Lagu

Artikel Lain