Stesen televisyen itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin berkata, penghormatan itu diberikan buat Kajol bersesuaian dengan saluran berkenaan yang akan memaparkan filem-filem Bollywood.
Tambah kenyataan itu, saluran berkenaan yang akan diperkenalkan pada 1 September depan bakal mempamerkan filem-filem Hindi dalam kualiti HD.
Selain Kajol, pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani akan turut menyertai pelancaran berkenaan.