suria

Jimmy Shanley Enggan Ulas Isteri Mengandung

Jimmy Shanley dikatkan bakal timang anak kedua.

PETALING JAYA: Penyampai radio Jimmy Shanley mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen mengenai gosip bahawa dia bakal menimang anak untuk perkahwinan kali keduanya.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, berkata, dia belum bersedia membuat pengumuman tersebut namun akan memberitahu berita gembira itu apabila sudah tiba masanya nanti.

"No comment buat sementara ini. Rileks dulu... Nanti-nanti bila saya sudah bersedia, saya akan beritahu.

"Ia masih lagi terlalu peribadi untuk diceritakan buat masa ini," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Selasa lalu, Jimmy menerusi laman sosial Instagram telah memuat naik sekeping foto sebuah katil bayi yang disambungkan ke katil dewasa dengan kapsyen "Ada extension plak katil...ermmm".

Foto tersebut membuatkan pengikut-pengikutnya menganggap  Jimmy bakal menimang anak bersama isteri barunya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu.

Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.

Foto katil bayi yang dimuat naik menerusi laman Instagram Jimmy.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi hak penjagaannya oleh mahkamah kepada  Nursuhaila Eliani.

Sementara itu, ditanya pula mengenai kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua, Jimmy berkata, dia bersyukur apabila dirinya berasa sempurna dengan kehadiran seorang isteri yang sangat memahami.

"Allhamdulillah. Kehidupan saya sangat sempurna ketika ini. Saya bersyukur kerana diberi seorang isteri yang terbaik.

"Mungkin apa yang berlaku sebelum ini ada hikmahnya. Cuma sekarang ini saya lebih selesa untuk tidak mendedahkan hal-hal peribadi.

"Saya pun tidak mahu isteri tertekan dengan gosip-gosip berkaitan keluarga kami," tuturnya.
Jimmy Shanley

Artikel Lain