Shukri, 26, berkata, dia terpaksa meyakinkan keluarganya bahawa bidang ini mempunyai potensi tersendiri dan boleh dijadikan sebagai kerjaya.
"Saya tidak pernah mengimpikan untuk jadi pelakon, saya juga tidak sangka rezeki saya agak murah dalam bidang ini."
"Pada awal pembabitan memang agak sukar kerana mendapat halangan daripada keluarga, mereka tidak yakin bidang ini ada masa depan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan utama," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu, dia turut mendapat sokongan peminat melalui laman sosial Instagram.
"Alhamdulillah, sokongan peminat di Instagram sangat baik, pada awalnya saya jarang muat naik gambar, tetapi bila ramai yang bertanya tentang gambar, saya cuba belajar untuk bergambar selfie," ujarnya.
Dalam pada itu, menyentuh soal peribadinya, Shukri mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seorang wanita.
Katanya, mereka masih mengenali hati budi masing-masing dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.