suria

Superlawak FC Lawan Bekas Pemain Bola Sepak Profesional

Barisan pelawak yang menyertai pasukan Superlawak FC.
PETALING JAYA: Pasukan Superlawak FC yang disertai oleh 18 orang pelawak terkenal bakal menentang bekas pemain bola sepak dan selebriti tempatan dalam program Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014.

Salah seorang anggotanya, pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal berkata, enam buah negeri telah dikenal pasti untuk siri jelajah tersebut yang akan bermula dari 27 September hingga 26 Oktober depan.

"Tahun lalu hampir 75,000 peminat hadir memberi sokongan kepada jelajah ini dan kami mengambil keputusan untuk meneruskannya pada tahun ini.

"Malah tahun ini kami akan berentap dengan bekas pemain bola sepak dan selebriti," katanya kepada mStar Online.

Selain AC Mizal, Superlawak FC turut disertai oleh kumpulan Sepahtu, Bocey, Shiro, Johan, Emal, Jali, Along Cham, Atu, Akim Ahmad dan bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan.

AC Mizal menurunkan tanda tangan pada bola untuk dihadiahkan kepada peminat.



Dalam pada itu, AC berkata, penubuhan pasukan Superlawak FC sejak tahun lalu telah mengeratkan hubungan sesama rakan artis menerusi aktiviti sukan bola sepak.

Salah seorang ahli kelab berkenaan, pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal berkata, setiap minggu mereka akan meluangkan masa selama beberapa jam untuk sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

"Kebiasaannya kami akan berkumpul setiap malam Rabu untuk menjalani latihan dan biarpun sibuk dengan aktiviti masing-masing namun merek tetap memberikan komitmen untuk hadir.
"Ia bukan hanya sekadar latihan bola sepak tetapi pada masa sama ia dapat mengeratkan hubungan kami semua," katanya.

Siri jelajah ini akan bermula pada 27 September depan di Stadium Hang Jebat, Melaka, Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor (28 September), Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah (12 Oktober), Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak (19 Oktober) dan Stadium Negeri Kuching Sarawak (26 Oktober).
Superlawak FC, Datuk AC Mizal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain