suria

Kumpulan Radio Star Anjur Forum 'Moderate Malaysian'

Forum Moderate Malaysians akan bersiaran di Red FM dan Capital FM pada 16 September ini.

PETALING JAYA: Sebuah forum bertajuk 'Moderate Malaysians' bakal disiarkan menerusi dua buah stesen radio milik Kumpulan Radio Star iaitu Capital FM dan Red FM bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Star Radio, Kudsia Kahar, berkata, seramai tiga panel iaitu Sharyn Shufiyan, Azmi Sharom dan Niki Cheong akan dijemput bagi membincangkan tentang kepelbagaian dan diversiti bangsa dalam menaikkan semangat cintakan negara.

“Acara ini menggabungkan tiga tokoh yang sangat berpengalaman dan ketiga-tiga mereka mempunyai personaliti yang unik dari latar belakang berbeza dimana setiap daripada mereka banyak menyumbang kepada masyarakat dan juga negara.

"Forum ini juga adalah sebagai medium bagi mereka untuk berkongsi pengalaman dan pemerhatian dengan semua pendengar dalam membentuk rakyat Malaysia untuk bersikap sederhana dan sofistikated”, katanya.

Kempen 'Moderate Malaysians' adalah anjuran The Star yang mengingatkan pembaca bahawa akhbar itu sentiasa terbuka dan berani menyatakan pandangan selain mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi di Malaysia tentang kepentingan mengiktiraf dan mempertahankan hak setiap warganegaranya.

Forum berkenaan akan disiarkan pada pukul 10 pagi di Capital FM manakala 12 tengah hari di Red FM.

Kudsia turut bertindak sebagai moderator program istimewa itu.

Dalam perkembangan lain, pada 15 September ini kesemua penyampai segmen pagi di Suria FM, Red FM, 988 dan Capital FM akan bertukar di antara empat stesen radio itu bermula pukul 8 hingga 10 pagi.

Mereka semua kemudiannya akan bersiaran secara bersama dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Afgan Seronok Mengarah Filem

Artikel Lain