Tengku Khalidah mendapat undi sebulat suara bagi menggantikan presiden persatuan itu, Fauziah Rauf yang memegang jawatan tersebut sejak ditubuhkan pada tahun 2002.
Sementara itu, Editor Hiburan mStar Online, Niezam Abdullah dipilih bagi menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden.
Editor Majalah URTV, Norashikin Hassan dilantik sebagai Setiausaha dan Penolong Setiausaha disandang oleh wartawan dari portal Malaysian Gazette, Arif Nizam Abdullah.
Dalam pada itu, Editor Hiburan NSTP, Faridul Anwar menyandang jawatan sebagai Ketua Penerangan manakala bagi jawatan Bendahari disandang oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bpop).
Editor Hiburan Metro Ahad iaitu Hartati Hassan Basri dan Editor Mangga Online, Rosli Manah dilantik sebagai Juruaudit persatuan berkenaan.
Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) WHAM pula disandang oleh Syazwan Zakariah (hlive-Astro), Azuan Azmi (Melodi), Ridzuan Abdul Rahman (Harian Metro), Abdul Razak Tahrin (Media Hiburan), Joha Ahmad (Utusan Karya), Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo) dan Wahida Othman (URTV).
Dalam sesi pemilihan yang dihadiri kira-kira 100 wartawan hiburan media cetak dan elektronik tempatan itu, kesemua mereka sepakat untuk memperkukuhkan intergriti wartawan hiburan yang sering diperlekehkan ketika ini.
Para ahli juga bersetuju agar satu bentuk tindakan diambil terhadap sesuatu isu yang boleh menjatuhkan dunia kewartawanan hiburan negara.
Selain wartawan, AGM kali ini turut dihadiri editor-editor kanan hiburan media tempatan.