Shuhaimi berkata, dia memasang nazar tersebut sejak mula drama tersebut disiarkan di slot Akasia TV3 pada 2 September lalu.
"Alhamdulillah minggu lalu drama ini berjaya menjadi tranding beberapa hari selepas ia ditayangkan pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis lalu," ujarnya kepada mStar Online.
Biarpun mengakui agak sukar untuk mencapai populariti drama sebelum ini iaitu Rindu Awak 200%, namun ia sudah mencapai sasaran untuk terus menarik penonton di slot popular itu.
Tambahnya, dia turut menerima pelbagai komen positif daripada penonton melalui laman-laman sosial.
"Pada awalnya memang agak perlahan namun sejak kebelakangan ini iaitu sudah pertengahan cerita ramai yang memperkatakan tentang watak-watak utama drama ini.
"Ramai juga yang beri komen positif tentang drama ini setiap kali selepas disiarkan di TV3," ujarnya.
Dalam pada itu, dia tidak menafikan populariti pelakon-pelakon utama drama tersebut juga menjadi faktor menarik penonton menyaksikan drama tersebut.