suria

"Ukuran Ketiak Pun Lari" - Emma Maembong Bela Adik Isu Baju

Chacha Maembong
PETALING JAYA: Kontroversi antara pereka fesyen Ezuwan Ismail dengan Chacha Maembong terus berpanjangan apabila kakak kepada wanita itu, Emma Maembong tampil membela adiknya dengan mempersoalkan sikap pereka fesyen berkenaan.

Emma, 22,  dalam status Instagram miliknya yang dimuat naik pada Jumaat mendedahkan adiknya tidak memakai pakaian tersebut  disebabkan kelemahan Ezuwan sebagai pereka fesyen professional tetapi gagal menghasilkan pakaian dengan sempurna.

Malah Emma berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ezuwan terhadap adiknya itu agak melampau kerana dia gagal mengesan kesilapannya sendiri kenapakah Chacha tidak memakai busana rekaannya pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2014 pada  7 November lalu.

“Ukuran pada badan baju tu lari. Ada gelembung belakang dan ukuran pada ketiak pun lari. Masa fitting, Chacha ada beritahu bahu ni senget tapi dia (Ezuwan) cakap: “You jangan tengok sekarang belum siap lagi ni.”  Chacha tidak sangka pada hari kejadian, dapat baju macam tu,” luah Emma.

mStar Default Image
Inilah baju rekaan Ezuwan yang menjadi isu antara dia dan Chacha. Imej ini dimuat naik oleh Emma Maembong dalam Instagram miliknya bagi membuktikan kegagalan Ezuwan menghasilkan baju mengikut ukuran yang betul selain menggelembung.

Krisis antara pereka fesyen dan Chacha, 18, itu timbul apabila Ezuwan dikatakan berkecil hati ketika pelakon berkenaan muncul dengan busana rekaan pereka fesyen lain pada ASK 2014 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Selepas acara itu Emma dikatakan telah mengirimkan mesej kepada Ezuwan untuk meminta maaf kerana adiknya tidak dapat memakai pakaian berkenan dengan sebab-sebab yang dijelaskan.

Bagaimanapun Ezuwan pula menuntut Chaca memulangkan baju itu yang kini dalam simpanannya.

Status Emma di Instagramnya sehingga Sabtu mendapat lebih 18,000 likes dan ia turut diulang siar oleh Chacha yang memperoleh lebih 4,000 likes.

Emma menambah, semasa hari kejadian, adiknya terkejut apabila baju yang dipakai tidak muat sedangkan acara itu akan bermula dalam masa setengah jam sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut.

Tambahnya, jika ukuran baju itu tidak seperti yang dijanjikan, adalah menjadi hak kepada seseorang untuk bersuara.

Chacha (kiri) dan kakaknya, Emma. 

Katanya, kedua-dua pihak perlu bertolak ansur kerana seseorang pereka fesyen itu menghasilkan baju dan apabila dipakai oleh seseorang artis, ia dikira membantu mereka mempromosikan busana berkenaan.

“Chacha dah minta maaf di public pasal isu ini, awak (Ezuwan) nak dia buat apa lagi? Perkara ini boleh diselesaikan cara baik tapi awak nak sangat post bagi tahu satu dunia baca, jadi saya pun terpaksa post juga untuk jelaskan perkara sebenar,” katanya dalam status itu.
Emma Maembong, Chacha, Ezuwan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain