suria

Akui Hubungan Renggang, Sara Ali Tidak Akan Berbaik Dengan Fazura

Sara enggan mengulas mengenai persengketaannya dengan Fazura.

PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali mengakui hubungan dengan rakan baiknya, Fazura renggang seperti mana didedahkan aktres itu dalam episod kedua program realiti Facing Up To Fazura terbitan E! Asia pada Ahad lalu.

Sara berkata, kekeruhan dalam hubungan mereka tidak mungkin akan kembali jernih seperti sedia kala. Dia juga enggan mendedahkan punca persengketaan di antara mereka berdua.

"Saya tidak ok dengan dia dan tidak akan ok. Enough (cukuplah). Selebihnya saya tiada ada apa hendak komen," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Sara mengulas mengenai pendedahan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 31, mengenai konflik diantara mereka dalam program berkenaan biarpun persengketaan mereka tidak diketahui umum sebelum ini.

Fazura terbuka bercakap soal persahabatan dalam program realiti.

Fazura memberitahu dia tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Sara sebaliknya cuma bercakap mengenai persahabatan mereka yang semakin renggang.

Malah Sara turut diundang untuk muncul dalam program tersebut bagi menjernihkan situasi di antara mereka namun Sara dikatakan gagal memberi pengesahan untuk muncul biarpun sebelum itu dia bersetuju untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, Sara enggan mengulas lanjut tentang dakwaan Fazura mereka ada berhubungan sekitar November lalu selain mereka berjanji untuk bertemu sekembalinya Sara dari Bosnia Herzegovina iaitu pada 17 November lalu.

Jelas Sara, dia enggan memanjangkan isu berkenaan dan meminta segala persoalan ditanya terus kepada Fazura.

"Entah. Saya tidak tahu apa benda. Tanya dia, jangan tanya saya," katanya ringkas.

Facing Up To Fazura disiarkan setiap hari Ahad pada pukul 10 malam di saluran E (Astro 712).

Facing Up To Fazura, Sara Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan