Pada majlis pertunangan tersebut Hafiz, 25, menyerahkan 11 dulang hantaran, manakala pihak perempuan pula membalas 16 dulang.
Ia dihadiri kedua-dua keluarga terdekat termasuk rakan artis antaranya Hazama dan Aril Pilus.
Kedua-dua keluarga bersetuju pertunangan mereka diikat selama setahun tetapi tidak menetapkan bilakah tarikh untuk disatukan sebagai suami-isteri.
Terdahulu, majlis merisik telah diadakan di rumah wanita tersebut di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lalu.