suria

Drama Super Game Boy Sarat Pengajaran

Antara barisan yang menjayakan drama bersiri Super Game Boy.
KUALA LUMPUR: Pengarah drama komedi bersiri Super Game Boy  Prem Anand Pillai memberitahu pengisian kali ini lebih sarat dengan mesej dan pengajaran yang boleh dijadikan teladan kepada penonton terutamanya kanak-kanak. 

Prem berkata, ia dapat memberi kesan positif yang mampu membantu kanak-kanak untuk berdikari serta berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"Selain menghiburkan, drama ini sarat dengan mesej-mesej pengajaran yang boleh dijadikan panduan dan teladan.

"Setiap episod akan meninggalkan kesan positif dengan mengajar kanak-kanak untuk berdikari dan berfikir dengan bijak dalam menyelesaikan masalah atau misteri yang dihadapi," ujarnya kepada mStar Online.

Prem berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton drama bersiri Super Game Boy di GSC, The Gardens, di sini, Selasa. 

Tambahnya, permintaan yang tinggi terhadap dua telefilem sebelum ini juga merupakan salah satu faktor ia dijadikan sebagai sebuah drama 13 episod.

"Saya berharap agar drama ini mendapat sambutan daripada penonton sepertimana telefilem sebelum ini khasnya daripada kanak-kanak.

"Drama Bersiri ini akan memberi suatu pengalaman pengembaraan kepada para penonton terutamanya kepada kanak-kanak supaya dapat mempelajari sesuatu daripada mesej yang disampaikan dalam drama ini," katanya.

Selain itu, drama bersiri Super Game Boy ini mengisahkan empat sekawan yang mengunakan kelebihan masing-masing bergabung untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Drama ini bakal menemui penonton pada setiap Sabtu, pukul 11 pagi bermula 21 Mac ini menerusi saluran Astro Ceria (611) dan di Maya HD (135).

Antara pelakon terlibat ialah Wafiy, Mia Sara, Izz Ilham, Farhanna Qismina, Erissa, Ceria Popstar, Farahdhiya, Achey Bochey, Didie Alias, Datuk Jalaluddin Hassan, Radhi Khalid,Henzi Andalas, Julia Ziegler, Zamarul Hisham dan Normah Damanhuri.

Super Game Boy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain