suria

Populariti 'Ali Setan' Mudahkan Azmil Mustapha Berdakwah

Azmil memberitahu wataknya sebagai 'Ali Setan' membuatkan dia dikenali berbanding jika menggunakan 'Ustaz Azmil'. Foto ROHAIZAT DARUS.
KUALA LUMPUR: Pelakon Azmil Mustapha menjelaskan populairiti wataknya dalam filem Ali Setan yang ditayangkan pada tahun 1985 menjadi tarikan untuk dia berdakwah.

Azmil Mustapha atau nama sebenarnya Mohd Azmil Mustapha, 63, berkata, watak sebagai 'Ali Setan' membuatkan dia dikenali berbanding jika menggunakan 'Ustaz Azmil'.

"Saya tidak kisah dipanggil gelaran Ali Setan kerana ia membuatkan saya lebih dikenali kerana filem itu telah melanjokan nama saya dalam industri huburan tanah air pada tahun 80-an.

"Terpulang kepada indivitu itu ingin memanggil saya Ali Setan ataupun Ustaz Azmil kerana itu hanyalah sekadar gelaran dan yang menentukan diri kita yang sebenar adalah amalan kita degan Allah," katanya kepada mStar Online.

Azmil bersama Pengarah Urusan Harmony Excellence Holidays, Nor Hisham Abdullah pada majlis pelantikannya sebagai duta syarikat  tersebut.

Azmil berkata demikian ketika ditemui pada sidang media 'Perasmian Duta Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd' di Hotel De Palma Ampang, di sini, Isnin.

Semasa era kegemilangannya, Azmil juga berjaya mencipta nama menerusi filem Mekanik sebagai pelakon utama pada 1983 arahan Othman Hafsham yang berjaya mencecah kutipan Boxoffice.

Nama Azmil terus menjadi sebutan apabila filem kisah percintaannya iaitu Ali Setan dan Ali Setan 2 masing-masing pada tahun 1985 dan 1986 menjadi satu fenomena ketika itu yang dilakonkannya bersama Ogy Ahmad Daud.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan kembali aktif dalam industri tanah air, Azmil menjelaskan dia mempunyai gerak hati untuk menerbitkan filem berbentuk keislaman.

"Berkemungkinan saya ingin menerbitkan sebuah filem berbentuk keislaman serta menerapkan agaran Islam dan dalam masa yang sama saya boleh berdakwah melalui filem yang akan dikeluarkan," katanya.


Azmil pernah popular menerusi filem Ali Setan.
Dalam perkembangan lain, Azmil telah dilantik sebagai duta Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd.

Menerusi pelantikan ini Azmil akan bertindak untuk mempromosikan pakej umrah yang dikendalikan oleh agensi pelancongan berkenaan.

"Pelantikan saya ini adalah rezeki daripada Allah dan dalam masa yang sama juga saya dapat menarik minat orang ramai untuk melakukan ibadah umrah bersama saya jika di izinkan Allah," katanya.

Pakej umrah yang disediakan oleh Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd   bermula dari RM4,990 hingga RM6,500.

Maklumat berhubung pakej yang disediakan boleh hubungi 03-41428817atau melayari laman web www.harmoni2u.com
Azmil Mustapha

Artikel Berikut

Artikel Lain