suria

Fara Fauzana Mahu Daki Gunung Kinabalu

Fara Fauzana cantik bertudung.
PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana ingin mencipta sejarah baru dalam hidupnya iaitu mendaki Gunung Kinabalu, Sabah pada tahun ini.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 35, berkata, keputusan itu diambilnya selepas dia berjaya melakukan aktiviti berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia lima tahun lalu.

"Pada mulanya saya merancang untuk mendaki Kinabalu pada Februari lalu, tetapi disebabkan kekangan tugas, saya terpaksa manunda ke bulan April depan.

"Walaubagaimanapun, saya tetap menunaikan hajat saya pada tahun ini juga kerana ia merupakan hasrat saya yang harus dilaksanakan untuk berada di atas gunung tersebut selepas kejayaan berbasikal pada lima tahun lalu," katanya kepada mStar Online.

Fara Fauzana (kanan) dan Sherson Lian yang dilantik sebagai duta produk Pharmaton.

Fara berkata demikian ketika ditemui pada sidang media 'Pengumuman Pelantikan Duta Produk Pharmaton' di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana di sini, Selasa.

Pihak Pharmaton telah melantik Fara Fauzana dan cef selebriti, Sherson Lian sebagai wajah terbaharu produk tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan Fara berkata, persedian awal untuk mendaki Gunung Kinabalu telah dilakukannya pada tahun lalu agar memperoleh ketahanan mental sebelum melalui cabaran yang sebenar.

"Sebagai persedian awal saya telah berjaya mendaki Bukit Broga, (Semenyeh) dan Gunung Datuk (Rembau).

"Jika mempunyai masa saya akan pergi ke gim sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

"Saya juga melakukan senaman lain sekurang-kurangnya sejam sehari agar badan saya mengeluarkan peluh selain menyihatkan tubuh badan," katanya.

Mengenai Pharmaton, Fara berkata, dengan mengamal produk berkenaan ia dapat memberi tenaga tambahan kepadanya untuk kembali cergas kerana tugasnya sebagai penyampai radio.
Fara Fauzana

Artikel Lain