Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, bukan mudah untuk mencari sesorang yang sesuai serta memahami kerjayanya sebagai seorang artis.
"Saya meletakan sasaran pada diri saya sekurang-kurangnya sebelum berumur 35 tahun untuk berkahwin.
"Namun, semua itu terletak pada jodoh yang telah ditetapkan jika jodoh itu datang awal mungkin tahun ini atau dua tahu lagi saya akan berkahwin kerana kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.
Shah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Bib iaitu drama bersiri bola jaring lelaki pertama di Malaysia.
Drama 30 episod terbitan Zeel Production ini bakal menemui penonton pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam bermula 1 April depan menerusi saluran HyppSensasi , HyppTV Saluran (116).
Antara pelakon yang turut terlibat Shah Iskandar, Ika Nabila, Reza Hasbi dan Nazri John Harun. Arash Mohamad, Marisa Yasmin, Raja Ema, Fauziah Nawi, Arissa Afrina, Jaafar Onn dan Ruminah Sidek.
Tambahnya lagi, dia kini masih dalam proses untuk mengenali hati sesorang yang dikenali sejak setahun lalu.
"Secara jujurnya saya sudah mempunyai pilihan tetapi sesorang yang dimaksudkan itu bukanlah dalam industri.
"Buat masa sekarang dia memahami kerja saya yang banyak menghabiskan masa di lokasi pengambaran dan adakalanya kami tidak sempat untuk meluangkan masa bersama kerana sibuk dengan tugasan masing-masing," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shah berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama bersiri arahan Shuhaimi Lua berjudul Nasuha.