Tambah Amir, lebih mengejutkan apabila dia ditegur kerana bermain dengan telefon bimbitnya ketika mereka sedang memberi penerangan.
"Sepatutnya saya yang marah mereka kerana menipu. Lain pula jadinya, saya yang dimarah kerana tidak memberi fokus terhadap penerangan mereka," ujarnya.
Sementara itu, Amir berkata, mana-mana pihak yang menjalani perniagaan tersebut diharap lebih jujur apabila mengajak orang ramai menyertai perniagaan mereka. Ini kerana, ramai yang tidak senang dengan konsep 'penipuan sementara' yang digunakan golongan peniaga tersebut untuk menarik perhatian orang.
"Usahlah menipu semata-mata mahu mengajak orang berniaga. Jika anda yakin dengan produk yang diniagakan, tidak perlu takut untuk mempromosikannya secara berhemah.
"Apatah lagi sekarang ini banyak medium di laman sosial terutamanya yang boleh mempromosikan perniagaan masing-masing," tegasnya.
Sementara itu, Amir memberitahu akan membuka gerai roti bakar di Sri Gombak dekat sini tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Amir baru saja selesai menjalani penggambaran Jangan Pening untuk siaran RTM.