Majlis pernikahan itu berlangsung di Restoran Kim Ma, Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan di sini.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 35, dan Mohd Daud dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al-Islah Serdang Raya, Ustaz Mohd Ramizi Ramli berwalikan bapa pengantin perempuan, Hasan Nodin Mohd Zaidi.
Pada majlis pernikahan itu, Daud menyerahkan mas kahwin berjumlah AS$10,000 (RM32,000) dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Lana turut menerima lima dulang hantaran manakala Mohd Daud yang merupakan pemain sukan bola tampar AS menerima tujuh dulang hantaran daripada aktres itu.
Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.
"Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Agak berdebar juga tadi. Doakan hubungan kami kekal selama-lamanya," ujarnya.
Antara selebriti yang hadir ialah Julia Ziegler, Sasha Saidin, Aishah Ilias, Sharifah Nadia, Fauzi Nawawi dan isterinya Lisdawati.