suria

Laman Web Lucah Buat Tomok Bimbang Muat Naik Foto Anak

Tomok bersama isteri dan anak-anaknya ketika majlis akikah anak keduanya, Andrashah Iman (Andra) yang kini berusia tiga bulan baru-baru ini.
PETALING JAYA: Penyanyi Tomok tidak menyedari tindakannya memuat naik dan berkongsi perkembangan anak di laman sosial telah menyebabkan foto anaknya itu disalahgunakan untuk kepentingan aktiviti pedofilia yang semakin berleluasa.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, berkata, perkara tersebut mendatangkan kebimbangan untuk dia terus berkongsi gambar anak-anaknya di laman sosial Instagram.

"Sebelum ini saya sudah berhati-hati sebelum muat naik gambar mereka, antara yang saya aware adalah tidak mendedahkan lokasi dan gambar-gambar yang dikongsi pun sudah beberapa hari diambil.

"Namun, nampaknya saya perlu lebih berhati-hati kerana tidak sangka pula ada yang salah gunakan gambar kepada aktiviti tidak bermoral seperti itu. Saya akan berbincang dengan isteri sama ada untuk kurangkan gambar-gambar mereka atau tidak," ujarnya kepada mStar Online.

Tomok berkata demikian ketika diminta mengulas selepas gambar anaknya mejadi mangsa selepas ia digunakan sebuah laman web lucah.

Turut mengalamani nasib serupa ialah anak pelakon Harith Iskander dan anak Erra Fazira.

Tomok berkata, dia terkejut ketika mendapat berita tentang perkara itu dan terfikir tentang gambar-gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini.

"Masa diberitahu tentang berita itu memang saya terkejut dan takut. Saya fikir balik apakah gambar-gambar yang saya telah muat naik sebelum ini.

"Setakat ini saya belum buka laman web itu lagi, yang saya tahu gambar-gambar lama anak sulung saya Arian yang diambil," katanya.

Tambah Tomok, dia juga akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap laman web tersebut.

Dalam pada itu, Tomok turut menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa agar tidak memuat naik gambar anak mereka tanpa sebarang kawalan yang boleh mendedahkan kepada sebarang risiko memudaratkan.

Tomok mendirikan rumah tangga dengan Siti Rahayu Abas pada 1 Julai 2011 dan dikurnikan dua cahaya mata iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 3 tahun, dan Andrashah Iman, 3 bulan.
Tomok, Arian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan