suria

Dayana Roza Anggap Pembantu Peribadi Sebagai 'Spy' Ibu

Dayana Roza
PETALING JAYA: Pelakon yang popular dengan drama Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza memberitahu tidak selesa menggunakan khidmat pembantu peribadi bagi mengurus aktiviti sehariannya.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 24, berkata, sebelum ini dia menggunakan khidmat pembantu peribadi adalah atas dasakan keluarga yang bimbang tentang keselamatannya.  

"Saya tidak menyambung kontrak pengurus peribadi saya yang sudah berakhir bulan ini kerana saya ingin bebas melakukan tugas tersebut sendiri.

"Kalau ikutkan memang saya tidak suka ada pembantu yang ikut ke mana sahaja saya pergi, namun ibu saya seorang yang terlalu risau dengan keselamatan saya dan mahu saya ditemani," ujarnya kepada mStar Online.

Dayana berkata, ibunya mengupah pengurus peribadi supaya mudah untuk mengesan dan memantau pergerakkannya ketika keluar dari rumah.

"Saya tinggal bersama keluarga dan selalunya kalau keluar rumah dan penggambaran sampai tengah malam ibu saya akan telefon banyak kali kerana dia bimbang.

"Jika ada pembantu, dia senang untuk kesan dan hubungi saya. Saya anggap pembantu peribadi itu seperti spy mak saya sahaja," ujarnya.

Bagaimanapun, Dayana tidak menafikan kerja pengurusannya lebih mudah dan teratur apabila ia diuruskan oleh pembantu peribadi.
Dayana Roza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain