suria

Najwa Latif Belum Sedia Beri Lagu Ciptaan Untuk Penyanyi Lain

Najwa Latif

PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Latif masih belum bersedia memberikan lagu-lagu ciptaannya kepada mana-mana artis tempatan.

Najwa, 20, berkata, perkara tersebut disebabkan dia bimbang lagu tersebut tidak sesuai dengan mereka kerana ia terlalu ringan.

"Tidak dinafikan ada beberapa artis yang berhasrat untuk menyanyikan lagu ciptaan saya, tapi saya minta maaf kerana masih belum bersedia memberikannya kepada mereka.

“Lagu-lagu saya terlalu ringan, saya bimbang ia tidak sesuai dengan mereka. Insya-Allah satu hari nanti memang impian saya untuk mendengar lagu ciptaan sendiri dinyanyikan orang lain," katanya kepada mStar Online.

Najwa berkata, dia baharu sahaja keluar dengan lagu terbaharu yang dicipta oleh penyanyi Alyph Sleeq berjudul Satu Hari Nanti.

Dalam pada itu bercerita tentang Hari Raya, Najwa berkata, setiap tahun dia pulang ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.

Tambahnya, apa yang lebih menggembirakan apabila dia masih lagi menerima duit raya daripada keluarga.

"Setiap kali raya saya balik ke Batu Pahat, Johor untuk beraya bersama keluarga. Seronok bila kumpul ramai-ramai dan bercerita panjang.

"Kebiasaannya pakaian dan perhiasan rumah sudah disiapkan oleh ibu dan saya hanya ikut sahaja tema yang disediakan. Selain itu, jangan terkejut saya masih dapat duit raya daripada keluarga kerana masih belajar," ujarnya.

Sementara itu, Najwa berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, dia tidak dapat beraya lama di kampung berikutan jadual belajar dan aktiviti seni yang padat.

"Bila raya, ramai juga peminat yang datang ke rumah. Tapi kebiasaannya saya tidak dapat berada lama di kampung, ada kalanya selepas pulang ke Kuala Lumpur pun masih ada lagi peminat yang datang berkunjung. Ibu akan layan mereka menggantikan tempat saya," katanya.

Najwa Latif

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain