KUALA LUMPUR: Pelawak Nabil Ahmad dan pengacara Sherry Alhadad diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara malam kemuncak Festival Filem Malaysia 27 (FFM 27).
FFM 27 yang bakal mengiktiraf 56 buah filem karya anak tempatan akan berlangsung pada 5 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Manakala, pelawak Along Cham dan Zulin Aziz dipilih untuk mengacarakan malam perasmian pada 2 September di Symphony Lake Suite, KLCC.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air iaitu Amy (Search), Misha Omar, Indah Ruhaila, Hazama, Najwa Mahiaddin, Joe Flizzow, SonaOne dan Amir Jahari.
Selain itu, seramai 21 selebriti dan pengiat seni tanah air terlibat dalam penyampaian trofi kemenangan kepada pemenang pada malam kemuncak FFM 27.
Antara yang bakal menyampaikan anugerah ialah Christina Suzanne, Izzue Islam, Aziz M. Osman, Zizie Ezette, Syafie Naswip, Scha Alyahya, Syafiq Yusof, Nur Fazura, Datuk Eizlan Yusof dan Hans Isaac.
Pelawak Along Cham dan Zulin Aziz dipilih untuk mengacarakan malam perasmian pada 2 September di Symphony Lake Suite, KLCC.
Sebanyak 140 pencalonan merangkumi 24 kategori dipertandingkan pada tahun ini. Karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang ditayangkan dari Januari 2014 sehingga Disember 2014.
Sebahagian calon lima teratas FFM 27, penyampai anugerah dan artis yang bakal membuat persembahan pada acara gilang gemilang itu ketika menghadiri sidang media di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.
Tema FFM 27 kali ini bertemakan Sehati Sejiwa.
Filem Lelaki Harapan Dunia terbitan Everthings Film Sdn Bhd mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) apabila menerima 13 pencalonan daripada 24 kategori.
Filem tersebut turut menerima saingan daripada filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut, Dollah Superstar, Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Terbaik Dari Langit.
Indah Ruhaila, Amy Search, Najwa Mahiadin dan Amir Jahari bakal membuat persembahan bersempena festival berkenaan.
Sementara itu, pemenang FFM 27 tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi rekaan baharu trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.
FFM 27 akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.