Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu.
Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 35, bagaimanapun enggan menjelaskan berhubung punca perceraian itu.
"Hmmm... Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat.
"Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama Alif Iman yang akan disiarkan di saluran TV9.
Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012.
Setahun selepas itu pasangan tersebut mendapat seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun.