suria

Asmidar Nyanyi Lagu 'Wau Bulan' Rakaman TV Di China

Asmidar
DARIPADA: THO XIN YI
[email protected]

BEIJING:
Penyanyi Asmidar mengeratkan persahabatan antara Malaysia dan China apabila mempersembahkan lagu tradisional Wau Bulan dalam satu konsert khas untuk siaran televisyen negara itu.

Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad, 29, adalah salah satu daripada 10 artis dari negara-negara Asean diundang menyertai acara dikenali Konsert Persabahatan China-Asean 2015.

"Wau Bulan adalah lagu rakyat dari Malaysia. Ia tidak begitu mencabar untuk dinyanyikan tetapi suasana sambutan ini yang menjadikan ia sesuai untuk acara ini.

"Proses menghasilkan wau bulan sangat sukar tetapi yang penting ia akhirnya dapat terbang ke awan.

"Tidak kira bagaimana sukar keadaannya, kita perlu terbang tinggi. Saya ingin kita semua rakyat Malaysia sehinggalah ke rakyat Cina agar boleh terbang tinggi untuk ke puncak," katanya kepada wakil mStar Online di sini pada Rabu.

Salah satu aksi Asmidar di Beijing. Foto dari Instagram Asmidar.

Rakaman yang dilakukan pada Rabu itu akan disiarkan di saluran televisyen Guangxi dan bakal menemui penonton pada 1 Januari 2016.

Selain Asmidar, artis lain yang dijemput menjayakan rakaman berkenaan ialah Bunga Citra Lestari dari Indonesia, Sri Nazrina (Brunei) dan Tanon Jumroen (Thailand).

Asmidar, yang tiba di Beijing pada pagi Isnin lalu memakai pakaian yang direka oleh Syafieq Ayman untuk acara tersebut.

Asmidar berkata, dia telah menonton persembahan artis Cina di televisyen sebelum ini dan menyukai gaya persembahan mereka.

Konsert Persabahatan China-Asean 2015 dianjurkan bersama oleh China Radio International and the Administration of Press, Publication, Radio, Film and Television of Guangxi.
Asmidar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan