suria

Yazit (Search) Terharu Isteri Masih Setia Di Sisi

Search dari kiri; Yazit, Amy, Nordin dan Nasir.
PETALING JAYA: Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad berasa terharu apabila isterinya, Ramlah Ahmad, masih setia di sisi meskipun terpaksa menjaganya sejak disahkan menghidap kegagalan buah pinggang.

Yazit, 52, berkata, dia juga risau jika Ramlah sudah bosan menjaganya apatah lagi dia sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

"Saya takut dia (isteri) bosan. Kalau dia tak ada, saya akan keseorangan.

"Alhamdulillah syukur dia terima saya walaupun saya tidak mampu menjaga makan pakainya," kata Yazit kepada mStar Online.

Yazit
Foto Yazit yang dirakamkan pada 2013. 

Yazit ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) di Hotel Royale Chulan Damansara di sini pada Selasa.

Tambah Yazit, dia juga bersyukur anak bongsunya bernama Sheeqa, 24, banyak membantu daripada segi menjelaskan bayaran utiliti dan termasuk sewa rumah.

"Selain isteri, Sheeqa juga banyak membantu membayar bil. Sampaikan dia sanggup berkorban apa sahaja untuk membantu keluarga sedangkan dia masih muda dan pasti teringin membeli sesuatu yang diinginkan,” tuturnya.

Dalam pada itu, Yazit berkata, dia amat merindui untuk kembali beraksi di pentas bersama Search namun kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Sehingga kini Yazit masih lagu menjalani rawatan susulan dan memerlukan kira-kira RM3,000 untuk menampung kos tersebut setiap bulan bagi kos ubat-ubatan.

 

Search, Yazit, Yazid

Artikel Lain