suria

Farah Asyikin Terima Cercaan Gara-Gara Masalah Rumah Tangga

Fokus Farah kini adalah kepada anaknya, Ebrahim Owais.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Farah Asyikin berasa lega apabila masalah rumah tangga dengan bekas suaminya, Zaahier Stanley akhirnya selesai apabila mereka sah bercerai talak satu pada Khamis.

Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, berkata, sepanjang hampir dua tahun kes berkenaan berlangsung di mahkamah, dia terpaksa menelan pelbagai tohmahan berhubung tindakannya memfailkan cerai terhadap Zaahier.

"Sebelum tiba di mahkamah perasaan saya kebas kerana sudah hampir dua tahun kes ini tidak selesai. Sepanjang tempoh itu banyak tohmahan diberikan kepada saya kerana tanggapan kononnya saya yang bersalah dalam hal ini.

"Alhamdulillah ia akhirnya selesai dan segala-galanya sudah berakhir," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Farah dan Zaahier, 39, bercerai talak satu secara tebus talak dengan bayaran RM100 di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier selaku defendan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Zaahier Stanley. 

Dalam pada itu, Farah berkata, permasalahan rumah tangganya yang diterangkan oleh hakam ketika perbicaraan tersebut sudah cukup untuk merungkai tanda tanya punca sebenar dia memfailkan perceraian tersebut.

Dia tidak mahu menoleh kebelakang kerana fokusnya kini adalah kepada anak lelaki tunggalnya, Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.

"Saya tidak pernah berhasrat untuk mendedahkan apa yang berlaku dalam rumah tangga kami biarpun ramai menyalahkan saya tetapi dengan apa didedahkan hakam semasa perbicaraan sudah terjawab semuanya.

"Tidak berfikir untuk menoleh kebelakang saya ingin teruskan kehidupan seperti biasa dan fokus kepada anak kami yang semakin membesar," jelasnya.

Terdahulu, Mohd Fateh yang juga pegawai Sulh ketika membentangkan laporan hakam kepada mahkamah mensabitkan wujudnya 'shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu dan mencadangkan agar perceraian dibuat secara tebus talak.

Jelasnya lagi, selain tidak berkomunikasi dan tinggal berasingan hampir dua tahun, Farah turut didera secara emosi menerusi kata-kata kasar.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.
Farah Asyikin, Zaahier Stanley

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan