suria

Jom Rebut Hadiah & Tiket Tonton 'The Revenant'

ANDA kaki wayang? Apa lagi… sertai peraduan mudah kami dengan menjawab soalan ringkas lalu membawa pulang sepasang tiket bersama hadiah-hadiah sampingan lain.

Caranya, berpandukan sinopsis yang diberikan, jawab dua soalan mudah dan satu soalan tinjauan daripada kami.

Jawapan yang lengkap, hendaklah dihantar melalui ruangan komen dalam kotak bawah artikel ini.

Semua jawapan yang dihantar melalui ruangan komen akan ‘disembunyikan’ dan hanya pihak kami sahaja yang dapat membacanya.

Jangan lupa, sertakan juga e-mel anda bagi memudahkan kami menghubungi anda.

Contoh menulis jawapan 

Soalan 1: Yusry (KRU)
Soalan 2: Datuk Yusof Halsam
Soalan 3: C : Sukan
Daripada: Rokiah Zakaria
E-mel: [email protected]

Hadiah

Lapan orang peserta terawal menjawab soalan akan mendapat sepasang tiket menonton The Revenant dan beberapa hadiah lain seperti baju T, poster dan rantai kunci.

Tarikh tutup penyertaan: 3 Februari 2016

Sinopsis

The Revenant menceritakan kisah benar dan pengalaman luar biasa yang dilalui seorang lelaki dalam meneruskan kelangsungan hidupnya ketika mengembara.

Dalam satu perjalanan di sebuah gurun, seorang pengembara keturunan Amerika Syarikat iaitu Hugh Glass (lakonan Leonardo DiCaprio) ditelah diserang oleh beruang dan dia dibiarkan tanpa bantuan oleh rakan-rakannya yang turut menyertai pemburuan itu.

Glass turut kecewa dengan pengkhianatan rakannya iaitu John Fitzgerald (Tom Hardy) dan tidak dapat membayangkan nasibnya kerana dibiarkan menemui ajal sendirian.

Glass sanggup menempuh musim sejuk untuk hidup selain perasaan cintanya terhadap keluarga disamping membalas dendam terhadap pengkhianatan yang telah terjadi.

Filem ini diarahkan oleh Alejandro G. Inarritu dan akan menemui penonton bermula 4 Februari 2016.

Soalan

1. Apakah watak lakonan Leonardo DiCaprio?

2. Siapakah pengarah The Revenant?

3. Jika anda membaca mStar Online, segmen manakah yang menjadi pilihan anda (pilih satu sahaja)
    a) Berita  b) Hiburan c) Sukan


The Revenant

Artikel Sebelum

Artikel Lain