suria

Raja Azmi Rasa Berdebar Mahu Nikah Semula

Raja Azmi bakal bernikah semula dengan bekas suaminya, Eddie pada 26 Februari ini.
PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi berasa berdebar menantikan tarikh pernikahan semulanya dengan bekas suami, Mohd Eddie Ghazali yang dijadualkan pada 26 Februari ini.

Raja Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mie, 57, berkata, meskipun ia sekadar perkahwinan semula, detik itu amat bermakna baginya.

"Jujurnya, saya rasa berdebar menantikan detik pernikahan semula bersama Eddie. Macam kali pertama nak bernikah pula.

"Saya bersyukur kerana Allah masih memberi jodoh dan peluang untuk perbaiki perkahwinan kami ini," katanya kepada mStar Online.

Raja Azmi dan Eddie bakal bernikah pada 26 Februari ini di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang dekat sini selepas waktu Isyak.

Bagaimanapun kata Raja Azmi, majlis pernikahan tersebut akan berlangsung secara sederhana kerana hanya ingin menumpukan pada yang wajib sahaja iaitu akad nikah.

"Kami bernikah secara sederhana sahaja, jadi tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan.

"Baju pun, biasa-biasa sahaja yang akan disediakan oleh pereka fesyen Pogy dari KL Wedding Ministry. Jemputan tetamu pula saya hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

"Yang penting persiapan kali ini saya lebih tumpukan pada jati diri dan kekuatan iman untuk bergelar isteri semula," tuturnya.

Sementara itu, Raja Azmi berkata, walaupun berdebar menantikan detik pernikahan semulanya itu, dia tetap sibuk dengan kerjaya lakonan di Perak sejak 5 Februari lalu menerusi drama Marhaban Kome Oii untuk siaran TV3.

"Saya terpaksa berjauhan dengan Eddie selama tiga minggu sebelum hari nikah kami.

"Saya berada di Perak sejak 5 Februari dan akan pulang ke KL (Kuala Lumpur) pada 2 Februari. Kemudian pada 27 haribulan, saya kembali semula ke Perak Eddie pula.

"Mungkin kami akan berbulan madu di Bota Perak sahaja. Hahaha..." ujarnya.
Raja Azmi

Artikel Lain