suria

Tambah Ilmu Agama Salah Satu Sebab Fara Fauzana Tinggalkan Hot FM

Fara Fauzana menjelaskan dia tidak berhasrat untuk bersara daripada bidang penyiaran radio cuma ingin melakukan perkara lain buat masa ini. Foto IRSYADI ISMAIL

PETALING JAYA: Penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan keputusannya meninggalkan Hot FM bukan mahu terus bersara sebagai deejay sebaliknya mempunyai perancangan lain.

Fara, 36, berkata, dia ingin memberi tumpuan kepada dirinya sendiri selain memperkukuhkan bidang pengacaraan dan sebagai penceramah.

"Saya cuma berhenti sebagai penyampai radio buat masa ini dan mana tahu pada masa hadapan saya akan kembali.

"Sebab saya berhenti dari Hot FM pun kerana saya mahu meluangkan masa lebih untuk diri sendiri selain melakukan perkara lain termasuklah memberi ceramah tentang penyiaran radio di universiti dan kolej," katanya kepada mStar Online.

Fara ditemui pada sidang media pengumuman pengunduran empat penyampai radio stesen itu di sini, Selasa.

Selain Fara, AG, Liza dan Ikhwan turut mengundurkan diri daripada Hot FM.

Selain Fara, tiga lagi penyampai radio yang mengundurkan diri adalah AG, Ikhwan dan Liza.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka akan menyertai stesen radio baharu di bawah Rangkaian Radio Media Prima Berhad yang akan diumumkan pada Mac depan.

Keempat-empat mereka akan ke udara buat kali terakhir di Hot FM pada 26 Februari ini.

Dalam pada itu, Fara turut menyangkal dakwaan punca dia meninggalkan Hot FM selepas 10 tahun kerana ingin menyertai stesen radio lain.

Jelas Fara, biarpun ada tawaran namun dia tidak berminat untuk berbuat demikian buat masa ini.

"Sepanjang berada di Hot FM saya sudah memberikan yang terbaik dan sudah masanya saya lakukan sesuatu untuk diri sendiri termasuk mendekatkan diri kepada Allah dan ilmu keagamaan.

Fara memberitahu selepas ini dia ingin lebih fokus kepada dirinya. 

"Jika suatu hari nanti saya ingin kembali sebagai penyampai radio keutamaan pasti saya akan utamakan kepada Media Prima dan tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana stesen radio lain buat masa ini," jelasnya.

Sementara itu, Fara menjelaskan dia memaklumkan hasrat untuk mengundurkan diri kepada pihak pengurusan Hot FM pada Disember lalu dan mengakui ia bukan keputusan mudah.

Malah kata Fara, Ketua Pegawai Ekskutif Rangkaian Radio Prima, Seelan Paul turut terkejut namun memahami keputusannya untuk melepaskan jawatannya.

"Saya sudah agak lama berfikir untjk berhenti namun keputusan itu saya berbincang sengan Seelan sebagai ketua dan Alhamdulillah dia terima dengan baik walaupun terkejut.

"Seelan dan rakan-rakan lain banyak memberi nasihat kepada saya sebagai persediaan untuk berhenti dan ia bukan mudah sebenarnya," ujarnya.
Fara Fauzana, Hot FM

Artikel Berikut

Artikel Lain