suria

"Saya Rindukan Pakaian Kelip-Kelip" - M Daud Kilau

M Daud Kilau (duduk) menerima kunjungan daripada Persatuan Karyawan yang diketuai presidennya, Datuk Freddie Fernandez (kiri). FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Gelek Malaysia Datuk M.Daud Kilau mengukir senyuman terharu dari kerusi rodanya ketika meninggalkan Hospital Selayang selepas sebulan dirawat kerana masalah prostat.

"Saya rindukan pakaian berkelip-kelip saya," kata penyanyi veteran berusia 77 tahun yang membayangkan keinginannya untuk terus membuat persembahan pentas semasa ditemui sekumpulan pemberita yang mengunjungi beliau di hospital.

Beliau menzahirkan rasa rindunya kepada peminat-peminatnya setelah agak lama tidak beraksi di pentas persembahan berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya kini.

Foto terbaharu Datuk M Daud Kilau. FOTO: BERNAMA

M. Daud Kilau dibenarkan pulang tengah Rabu setelah menjalani rawatan sejak 15 Jan lalu. Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Teluk Intan akibat komplikasi membuang air kecil.

"Saya perlu menjalani pembedahan susulan masalah prostat yang kedua pada 2 Mac ini kerana masih mengalami kesukaran untuk membuang air kecil dan perlu bergantung dengan alat membuang air kecil.

"Walaupun kini saya hampir sembuh kira-kira 90 peratus tetapi saya masih perlu mendapat rawatan susulan di hospital ini (Hospital Selayang)," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia Datuk Freddie Fernandez turut hadir melawat M Daud Kilau bersama dua ahlinya yang lain bagi menyampaikan sumbangan berbentuk wang.

Freddie berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban penyakit yang ditanggung dan berharap agar beliau segera sembuh serta dapat beraksi semula di pentas persembahan.

M Daud Kilau terkenal pada tahun 70-an dengan lagu "Cek Mek Molek" dan "Gila Judi".
M Daud Kilau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain