PETALING JAYA: Artis-artis baharu mewarnai senarai pencalonan lima terbaik Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang bakal berlangsung pada 30 April depan. Menerusi sembilan dari 17 kategori yang melibatkan selebriti, ia memperlihatkan pelakon dan penyanyi baharu mendominasi senarai dengan sekurang-kurangnya dua pencalonan. Kategori Aktres Terbaik Pilihan Online memperlihatkan persaingan lima penjuru bintang-bintang baharu iaitu Ayda Jebat, Janna Nick, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Zara Zya. Janna, Mira dan Mia turut terpilih menerusi kategori Wanita Anggun Pilihan Dnars bersama-sama penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan juara program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana. Hafiz bergambar kenangan dengan kakitangan Star Media Group. Siti masih membuktikan beliau mempunyai pengikut yang kuat apabila mendominasi senarai pencalonan termasuk Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online dan Ikon Fesyen Pilihan Online. Manakala Siti Nordiana turut terpilih menerusi kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online disamping Ayda Jebat, Dayang Nurfaizah dan Stacy. Kategori Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online pula memperlihatkan persaingan di antara Hazama, Hafiz Suip, Faizal Tahir, Syamel dan Sufi. Dalam pada itu, Sahahrul Ridzwan satu-satunya artis lelaki baharu yang tersenarai dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Pilihan Online dan memperlihatkan dia bakal bersaing dengan nama besar iaitu Aaron Aziz, Adi Putra, Shahiezy Sam dan Zizan Razak. Hazama sempat mendendangkan sebuah lagu pada majlis berkenaan. Saharul, Aaron Aziz, Adi Putra, Shaheizy Sam dan Fattah Amin turut terpilih bagi merebut trofi kategori Lelaki Tampan Pilihan Dnars. Abam, Johan, Jepp, Jihan Muse dan Zizan Razak pula tersenarai lima terbaik menerusi kategori Selebriti Komedi Pilihan Online manakala Akim & The Majistret, Bunkface, Caliph Buskers, Defam dan Forteen bakal bersaing untuk kategori Grup Pilihan Online. Penyampai Radio Pilihan Online pula menyaksikan persaingan di antara AG, Fara Fauzana, DJ Lin, Johan dan Radin. Dalam perkembangan sama, Bintang Sukan Lelaki dan Wanita Pilihan Online pula memperlihatkan nama-nama seperti Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei, Nazmi Faiz, Farah Ann, Datuk Nicol David dan Pandelela Rinong terpilih ke senarai lima terbaik. Chef Adu dan Datuk Fazley Yaacob tercalon dalam kategori Chef Selebriti Pilihan Online. Manakala Pasukan Sukan Pilihan Online pula memperlihatkan persaingan di antara Kelantan (bola sepak), Kedah (bola sepak), JDT (bola sepak), PPBN (bawah 13) dan Pasukan Memanah Wanita Kebangsaan. Antara kategori yang turut dipertandingkan adalah Ikon Niaga Muda Pilihan Online, Blog Pilihan Online, Chef Selebriti Pilihan Online dan Selebriti Media Sosial Pilihan Online. Pengumuman top five dibuat oleh Editor Eksekutif, Rozaid A. Rahman. Proses pengundian fasa kedua bermula 1 April hingga 27 April depan dan sepanjang tempoh itu undian boleh dibuat setiap hari (sekali sehari) menerusi akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web apo.mstar.com.my Janna Nick tercalon menerusi dua ketegori. Debaran APO2016 mulai dirasai selepas peringkat pertama berakhir pada 31 Mac dan pengumuman senarai pencalonan lima terbaik itu diadakan di Menara Star di sini, Khamis. Semasa tempoh pencalonan yang bermula 3 Mac sehingga 30 Mac 2016, pihak penganjur menerima kira-kira 120,000 pencalonan yang dibuat menerusi laman web khas APO2016 iaitu apo.mstar.com.my Ia memperlihatkan sambutan luar biasa apabila wujud keghairahan orang ramai khususnya penggemar media digital untuk mengambil bahagian dalam penganjuran APO2016 yang buat julung kalinya diperkenalkan oleh portal mStar Online bersama stesen radio Suria FM. Paling meriah, hastag #APO2016 yang boleh diikuti menerusi Facebook, Twitter dan Instagram menyaksikan pelbagai ragam dan telatah khususnya mereka yang mempunyai kelab peminat artis dalam usaha melakukan kempen pencalonan agar artis mereka tersenarai dalam calon lima teratas. Dayang Nurfaizah tercalon menerusi kategori Penyanyi Terbaik Pilihan Online. Malam kemuncak APO2016 bakal diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) dan akan dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam. Ia bakal dimeriahkan dengan gabungan tiga pengacara iaitu pasangan deejay Suria Pagi, Suria FM iaitu Adibah Noor dan Baki Zainal yang akan disokong oleh pengacara hebat Awal Ashaari. Acara ini bertemakan Glam Digital yang bakal menyaksikan pentas dan laluan karpet berwarna ungu (purple carpet) sebagai simbolik kepada kemeriahan tema yang dibawa. Pemenang bagi setiap kategori bakal menerima trofi , hadiah dari penaja utama Dnars, seutas rantai mutiara sumbangan Rafflesia, jam tangan jenama Ice Watch dan penginapan serta makan malam sumbangan hotel Dorsett Putrajaya. Berikut adalah senarai penuh pencalonan APO 2016: 1. AKTOR TERBAIK PILIHAN ONLINE ADI PUTRA AARON AZIZ SAHARUL RIDZWAN SHAHEIZY SAM ZIZAN RAZAK 2. AKTRES TERBAIK PILIHAN ONLINE AYDA JEBAT JANNA NICK MIA AHMAD MIRA FILZAH ZARA ZYA 3. PENYANYI LELAKI TERHEBAT PILIHAN ONLINE HAZAMA HAFIZ SUIP FAIZAL TAHIR SYAMEL SUFI 4. PENYANYI WANITA TERHEBAT PILIHAN ONLINE AYDA JEBAT DAYANG NURFAIZAH SITI NORDIANA SITI NURHALIZA STACY 5. LELAKI TAMPAN PILIHAN DNARS AARON AZIZ ADI PUTRA FATTAH AMIN SAHARUL RIDZWAN SHAHEIZY SAM 6. WANITA ANGGUN PILIHAN DNARS JANNA NICK MIA AHMAD MIRA FILZAH SITI NURHALIZA SITI NORDIANA 7. SELEBRITI KOMEDI PILIHAN ONLINE ABAM JOHAN JEPP JIHAN MUSE ZIZAN RAZAK 8. GRUP PILIHAN ONLINE AKIM & THE MAJISTRET BUNKFACE CALIPH BUSKERS DEFAM FORTEEN 9. PENYAMPAI RADIO PILIHAN ONLINE AG FARA FAUZANA DJ LIN JOHAN RADIN 10. BINTANG SUKAN LELAKI PILIHAN ONLINE AZIZULHASNI AWANG FAIZ SUBRI LEE CHONG WEI MOHD SAFIQ RAHIM NAZMI FAIZ 11. BINTANG SUKAN WANITA PILIHAN ONLINE ANN OSMAN FARAH ANN FATEHAH MUSTAPA NICOL DAVID PANDELELA RINONG 12. PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE KELANTAN (BOLASEPAK) KEDAH (BOLASEPAK) JDT (BOLASEPAK) PPBN (BAWAH 13) PASUKAN MEMANAH WANITA KEBANGSAAN 13. IKON FESYEN PILIHAN ONLINE AWAL ASHAARI NEELOFA SCHA AL-YAHYA WAK DOYOK SITI NURHALIZA 14. IKON NIAGA MUDA PILIHAN ONLINE NAELOFAR HIJAB BURGER BYTE BELLA AMMARA BURGER BAKAR KAW-KAW AIDIJUMA 15. BLOG PILIHAN ONLINE BEN ASHAARI SIAKAP KELI CIK EPAL EMAS PUTIH SENSASI SELEBRITI 16. CHEF SELEBRITI PILIHAN ONLINE CHEF AZLI RAZALI CHEF ADU AMRAN CHEF FAZLEY YAAKOB CHEF NIK MICHAEL CHEF WAN 17. SELEBRITI MEDIA SOSIAL PILIHAN ONLINE AMRAN FANS UCOPPP LUQMAN PODOLSKI FAIZ DICKIE MAT LUTHFI