suria

Terima Dua Anugerah, Akim & The Majistret Dipilih 'Personaliti Terunggul APO2016'

Ahli kumpulan Akim & The Majistret bergambar bersama trofi yang dimenangi pada APO2016.Foto FAIHAN GHANI, SHAARI CHE MAT, KAMARUL ARIFFIN dan CHAN TAK KONG.

KUALA LUMPUR: Akim & The Majistret diumumkan sebagai kumpulan muzik paling berpengaruh di media sosial selepas memenangi Personaliti Terunggul Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang disiarkan di TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini pada Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan mereka menerima hadiah berupa rantai mutiara sumbangan Rafflesia bernilai RM20,000, hadiah sumbangan Dnars, jam tangan sumbangan Ice Watch dan pakej penginapan sumbangan Hotel Dorsett Putrajaya.

Kumpulan itu turut mendapat tajaan mengerjakan umrah setiap seorang pada bulan Ramadan selama 14 hari 13 malam sumbangan Simply Umrah Travel Services Sdn Bhd.

Mia Ahmad menang menerusi kategori Pelakon Terbaik Wanita Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars.

Hadiah kepada pemenang  disampaikan oleh pengasas produk kecantikan Dnars iaitu Faziani Rohban bersama-sama Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rous dan Ketua Pegawai Operasi Star Media Group, Calvin Kan.

Bagaimanapun vokalis kumpulan itu, Akim tidak dapat menghadiri majlis berkenaan kerana berada di Amsterdam bagi penggambaran klip video dan diwakili anggota kumpulannya.

Selain hadiah utama itu, Akim & The Majistret juga memenangi Grup Pilihan Online.

Pengasas produk kecantikan Dnars iaitu Faziani Rohban bersama-sama Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rous dan Ketua Pegawai Operasi Star Media Group, Calvin Kan menyampaikan hadiah kepada Akim & The Majistret.

Pasangan pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan iaitu Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad juga membuat kejutan apabila membolot dua anugerah dalam APO2016.

Saharul membawa pulang kemenangan Aktor Terbaik Pilihan Online dan Lelaki Tampan Pilihan Dnars sementara Mia Ahmad memenangi Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars.

Datuk Siti Nurhaliza juga turut menggondol dua anugerah iaitu Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online dan Ikon Fesyen Pilihan Online.

Datuk Fazley Yaakob Cef Selebriti Pilihan Online.

Siti Nurhaliza yang kini dalam tempoh berehat diwakili kakaknya iaitu penyanyi Siti Norsaida untuk mengambil hadiah.

Kategori Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online pula menyaksikan Hazama memenangi kategori itu manakala Cef Selebriti Pilihan Online dimenangi Datuk Fazley Yaakob.

Bagi kategori Selebriti Komedi Pilihan Online pula berpihak kepada Jihan Muse manakala Fara Fauzana dipilih sebagai Penyampai Radio Pilihan Online.

Dalam pada itu bagi kategori sukan pula, Datuk Lee Chong Wei dipilih sebagai Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online manakala Datuk Nicol David adalah Bintang Sukan Wanita Pilihan Online.

Hazama Penyanyi Lelaki Pilihan Online.

Pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila diumumkan sebagai Pasukan Terbaik Pilihan Online.

Pelakon Neelofa pula dinobatkan sebagai pemenang Ikon Niaga Muda Pilihan Online menerusi perniagannya Naelofar Hijab.

Neelofa bagaimanapun berada di London menghadiri minggu fesyen Muslim.

Saharul Ridzwan Pelakon Lelaki Terbaik Pilihan Online dan Lelaki Tampan Pilihan Dnars.

Peminat blog pula memilih Siakap Keli sebagai Blog Pilihan Online manakala Selebriti Media Sosial Pilihan Online pula berpihak kepada Mat Luthfi.

Kesemua pemenang kategori ini menerima trofi, rantai mutiara sumbangan Rafflesia bernilai RM5,000, jam tangan sumbangan Ice Watch dan pakej penginapan sumbangan Hotel Dorsett Putrajaya.

Keputusan pemenang adalah seratus peratus berdasarkan undian peminat dan diaudit oleh BDO Governance Sdn Bhd.

Ayda Jebat dan Radin (Era FM) dipilih sebagai Fesyen Glam Lelaki dan Wanita Terhebat tajaan Doktor Kereta.

Jumlah keseluruhan undian yang diterima selepas ditutup pada 27 April lalu ialah sebanyak 775,161 undi.

Sementara itu malam kemuncak APO2016, tampil meriah dengan persembahan artis-artis popular seperti Adibah Noor, One Nation Emcee, Wani, Tasha Mansahar, Najwa Latiff, Ronnie, Iwere dan Altimet.

Turut membuat persembahan ialah pelakon Amar Baharin, Adi Putra, penyanyi Syamel dan Sandra.

Dayang Nurfaizah turut diberi penghormatan menyampaikan tiga lagu sebagai tribute kepada Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan iaitu Di Persimpangan Dilema, Jerat Percintaan dan Hakikat Cinta.

Pemenang bergambar bersama Pengarang Ekskutif mStar Online, Rozaid Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Pengasas produk Dnars, Faziani Rohban dan suami.

Penutup persembahan APO2016 tampil lebih meriah dengan gabungan artis-artis popular iaitu Ella, Azlan dan Hazama.

APO2016 turut memperkenalkan lagu tema siri jelajah Suria FM iaitu Bangkit yang dinyanyikan oleh Hazama, Dayang Nurfaizah dan Aman Ra.

Selain Adibah, penyampai Suria FM Baki Zainal dan Awal Ashaari turut diberi peranan mengemudi APO2016 sebagai hos.

Dayang Nurfaizah memberi persembahan menyentuh perasaan pada segmen tribut kepada Allayarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Anugerah ini dianjurkan buat pertama kalinya oleh Star Media Group Berhad di bawah dua entiti berbahasa Malaysianya iaitu mStar Online dan stesen radio Suria FM membabitkan 18 kategori termasuk satu kategori utama.

Ia bertemakan 'Glam Digital' yang bertujuan mengiktiraf selebriti dalam pelbagai bidang melalui medium media sosial.

APO2016 yang mendapat kerjasama RTM dan TV2 sebagai rakan penyiar turut disiarkan secara live streaming di YouTube dan laman web apo.mstar.com.my.

APO 2016 dihoskan oleh Awal Ashaari, Adibah Noor dan Baki Zainal.

Berikut ini senarai penuh pemenang APO2016

1. AKTOR TERBAIK PILIHAN ONLINE 
SAHARUL RIDZWAN - Pemenang
ADI PUTRA
AARON AZIZ
SHAHEIZY SAM
ZIZAN RAZAK

2. AKTRES TERBAIK PILIHAN ONLINE
MIA AHMAD - Pemenang
AYDA JEBAT
JANNA NICK
MIA AHMAD
MIRA FILZAH
ZARA ZYA

3. PENYANYI LELAKI TERHEBAT PILIHAN ONLINE
HAZAMA - Pemenang
HAFIZ SUIP
FAIZAL TAHIR
SYAMEL
SUFI

4. PENYANYI WANITA TERHEBAT PILIHAN ONLINE
DATUK SITI NURHALIZA - Pemenang
AYDA JEBAT
DAYANG NURFAIZAH
SITI NORDIANA
STACY

5. LELAKI TAMPAN PILIHAN DNARS
SAHARUL RIDZWAN - Pemenang
AARON AZIZ
ADI PUTRA
FATTAH AMIN
SHAHEIZY SAM

6. WANITA ANGGUN PILIHAN DNARS
MIA AHMAD - Pemenang
JANNA NICK
MIRA FILZAH
DATUK SITI NURHALIZA
SITI NORDIANA

7. SELEBRITI KOMEDI PILIHAN ONLINE
JIHAN MUSE - Pemenang
ABAM
JOHAN
JEPP
ZIZAN RAZAK

8. GRUP PILIHAN ONLINE
AKIM & THE MAJISTRET - Pemenang
BUNKFACE
CALIPH BUSKERS
DE-FAM
FORTEEN

9. PENYAMPAI RADIO PILIHAN ONLINE

FARA FAUZANA - Pemenang
AG
DJ LIN
JOHAN
RADIN

10. BINTANG SUKAN LELAKI PILIHAN ONLINE
DATUK LEE CHONG WEI - (BADMINTON) - Pemenang
AZIZULHASNI AWANG - (LUMBA BASIKAL)
FAIZ SUBRI - (BOLA SEPAK)
MOHD SAFIQ RAHIM - (BOLA SEPAK)
NAZMI FAIZ - (BOLA SEPAK)

11. BINTANG SUKAN WANITA PILIHAN ONLINE
DATUK NICOL DAVID - Pemenang
ANN OSMAN
FARAH ANN
FATEHAH MUSTAPA
PANDELELA RINONG

12. PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE
JDT (BOLASEPAK) - Pemenang 

KELANTAN (BOLASEPAK) KEDAH (BOLASEPAK)
PPBN - PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (BAWAH 13 TAHUN)
PASUKAN MEMANAH WANITA KEBANGSAAN (COMPOUND)

13. IKON FESYEN PILIHAN ONLINE
DATUK SITI NURHALIZA - Pemenang
AWAL ASHAARI
NEELOFA
SCHA AL-YAHYA
WAK DOYOK

14. IKON NIAGA MUDA PILIHAN ONLINE
NEELOFA – (NAELOFAR HIJAB) - Pemenang
ZIZAN RAZAK – (BURGER BYTE)
BELLA AMMARA – BELLE YAHYA & CARL SAMSUDIN – (BELLA AMMARA)
NINI HAZNITA MUHAMMAD – (BURGER BAKAR KAW-KAW)
NORJUMA HABIB MOHAMED - (AIDIJUMA)

15. BLOG PILIHAN ONLINE
SIAKAP KELI - Pemenang
BEN ASHAARI
CIK EPAL
EMAS PUTIH
SENSASI SELEBRITI

16. CEF SELEBRITI PILIHAN ONLINE
DATUK CEF FAZLEY YAAKOB - Pemenang
CEF AZLI RAZALI
CEF ADU AMRAN
CEF NIK MICHAEL
DATUK CEF WAN

17. SELEBRITI MEDIA SOSIAL PILIHAN ONLINE
MAT LUTHFI – Pemenang
AMRAN FANS
UCOPPP (EUSOFF HASHIM)
LUQMAN PODOLSKI
FAIZ DICKIE

18. PERSONALITI TERUNGGUL APO2016
AKIM & THE MAJISTRET 

APO2016

Artikel Lain