suria

Ewal Bimbang Namanya Semakin Tenggelam

Ewal semakin risau apabila namanya seakan-akan tenggelam.

PETALING JAYA: Penyanyi Akademi Fantasia 2014 iaitu Ewal semakin risau apabila namanya seakan-akan tenggelam berikutan kurang mendapat publisiti sejak akhir-akhir ini.

Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 24, bagaimanapun tidak menyalahkan pihak Astro Talent kerana sudah dimaklumkan segala urusan promosi dan publisiti akan diberikan hanya selepas setahun dia bersama syarikat pengurusan berkenaan.

"Jujurnya, bila nama kurang diperkatakan perasaan risau dan kecewa itu memang ada kerana tanpa publisiti, peminat akan mula melupakan saya.

Ewal tampil dengan single terbaharu berjudul Sama Kamu.
"Ia sedikit-sebanyak lebih menyukarkan saya dan pihak pengurusan untuk membina semula nama kerana proses rebranding itu sendiri bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Ewal, dia bersyukur kerana penantiannya berbaloi apabila single ketiganya berjudul Sama Kamu koliborasi bersama DJ Fuzz akan dikeluarkan selepas hari raya nanti.

Dalam pada itu, Ewal mengharapkan selepas single ketiganya itu menemui peminat, ia merupakan satu permulaan untuk dia mencari rentak dalam meletakkan namanya sebaris dengan artis-artis ternama sedia ada.

Kata Ewal lagi, dalam usaha untuk mempromosikan namanya, dia banyak berusaha mencari inisiatif dengan memuat naik video-video nyanyiannya di YouTube, Instagram dan Facebook sepertimana yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, kata Ewal sambutan Aidilfitri pada tahun ini adalah paling bermakna kerana dia berpeluang beraya bersama-sama keluarga.

Ini kerana kata Ewal, berbanding sebelum ini diundang membuat persembahan pada majlis-majlis tertentu selama enam tahun berturut-turut termasuk untuk majlis rumah terbuka Perdana Menteri.
Ewal

Artikel Lain