suria

Zamani Ambil Masa Tiga Bulan Untuk Konsert Slam Dua Dekad

Zamani (tiga dari kiri) bersama sebahagian anggota kumpulan Slam yang akan mengadakan persembahan pada September depan.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani akan memperuntukkan masa selama tiga bulan dalam usaha mempersiapkan diri untuk menjayakan Konsert Dua Dekad Slam Kembali Terjalin bersama DMS360.

Zamani berkata, dia mempunyai banyak masa untuk melakukan persiapan vokal sebelum berlangsungnya konsert itu pada September depan.

"Kini saya mempunyai masa selama tiga bulan untuk melakukan persediaan dari segi vokal sebelum melakukan persembahan nanti.

"Saya harus melakukan persiapan yang rapi supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya," kata Zamani kepada mStar Online.

mStar Default Image
Slam akan mengadakan konsert mereka pada September depan. Dari kiri Lili, Shah, Ajak, Zamani, Eddie dan Man.

Zamani bersama Slam ditemui pada sidang media Konsert Dua Dekad Slam Kembali Terjalin bersama DMS360 yang berlangsung di Saloma Bistro, di sini pada Rabu.

Konsert berkenaan bakal diadakan  di stadium tertutup, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor pada 3 September depan.

Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual  dari  RM73 sehingga RM353.

Ia boleh didapati secara dalam talian menerusi www.ilassotickets.com atau menghubungi talian 013-3398359 untuk maklumat lanjut.

Dalam perkembangan lain ketua kumpulan Slam iaitu Shah berkata, mereka masih dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaharu dan akan mengekalkan genre yang sama kerana tidak mengikut trend terkini dalam mencipta sesebuah lagu.

"Jika sesorang itu mengikut trend terkini dalam mencipta sesebuah lagu mungkin mereka cuma dapat bertahan dalam tempoh masa yang tidak lama," katanya.

Selain Zamani dan Shah, Slam turut dianggotai oleh Man, Eddie, Ajak dan Lili.

Slam, Zamani

Artikel Lain