Kami di mStar Online ingin menghargai sumbangan dan kesetiaan pembaca dengan menganjurkan peraduan ini.
Cara menyertai peraduan ini ialah dengan menjawab soalan mudah yang diberikan.
Jawapan yang lengkap bersama nama penuh anda, nombor telefon, alamat rumah hendaklah dihantar menerusi e-mel ke editor@mstar.com.my
Peraduan ini bermula dari 22 Jun 2016 sehingga 28 Jun 2016.
Sinopsis
Ice Age: Collision Course ialah sebuah filem animasi kekeluargaan yang diterbitkan menerusi teknik animasi komputer 3D dihasilkan Blue Sky Studios dan akan menemui penonton pada 7 Julai depan.
Ia adalah filem kelima lanjutan kepada siri Ice Age dan sekuel kepada Ice Age: Continental Drift yang diterbitkan pada 2012.
Filem arahan Mike Thurmeier ini dilakonkan oleh majoriti pelakon yang sama dalam karya sebelum ini.
Ia menceritakan mengenai Petualangan Scrat yang pergi ke ruang angkasa sehingga mencetuskan ancaman apabila tahi-tahi bintang jatuh ke bumi sehingga mengancam keselamatan makhluk di dalamnya.
Untuk menyelamatkan diri dari makhluk tersebut, Manny, Sid, Diego dan kawananya meninggalkan rumah mereka untuk mencari penghidupan baru.
Bagaimanapun ketika dalam perjalanan itu, mereka bertemu dengan satu tempat yang cukup indah.
Filem ini edaran 20th Century Fox.
Antara pelakonnya ialah Ray Romano, Queen Latifah, Jessie J dan Jennifer Lopez.
Soalan
1. Berapa banyakkah filem Ice Age dihasilkan setakat ini?
2. Dalam segmen hiburan di mStar Online, ruangan manakah menjadi pilihan anda. Adakah Berita Hiburan, Zoom!, Stail, Bintang Global, K-Pop atau wayang? Pilih satu sahaja.
3. Sila ke akaun Instagram mStar Online iaitu mstaronlineofficial dan follow, kemudian senaraikan tiga nama selebriti yang kami ikuti (following).
Hadiah
Tempat pertama
Tikar yoga, baju T dewasa, baju T kanak-kanak, dua tiket wayang
Tempat kedua
Baju T kanak-kanak, selimut berkelah, dua tiket wayang
Tempat ketiga
Selimut berkelah, dua tiket wayang
Tempat keempat
Pelilit telefon (phone bumper), tuala, dua tiket wayang
Tempat kelima
Tuala, dua tiket wayang
15 pemenang saguhati
Dua tiket wayang setiap pemenang