suria

Faezah Elai Kurus Kerana Jaga Anak

Faezah Elai

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai menjelaskan keadaan kesihatanya baik dan tidak mengalami sebarang penyakit walaupun berat badannya dikatakan semakin menurun dan kelihatan kurus.

Faezah atau nama sebenarnya Nor Faezah Md Elai, 34, berkata, berat badannya tidak bertambah berikutan terlalu sibuk dengan kegiatan hariannya sebagai suri rumah dan menjaga anak-anak.

"Saya tidak sakit dan rasanya tidak pula pernah gemuk, tapi ramai juga yang menegur saya bertanya kenapa semakin kurus?

Faezah sibuk uruskan lima orang anak.

"Mungkin mereka lihat saya ketika hamil 68 kilogram dan selepas bersalin berat badan sehingga sekarang 47 kilogram.

"Berat badan saya tidak bertambah macam segelintir ibu yang baru bersalin," ujarnya kepada mStar Online.

Faezah mengakui aktiviti seharian dalam menjaga dua cahaya mata termasuk tiga anak tirinya yang semakin membesar membuatkan dia sentiasa aktif.

Malah, Faezah juga menafikan dia mengamalkan sebarang diet untuk menurunkan berat badan.

"Saya terlalu sibuk jaga anak-anak, mereka semua sedang membesar dan terlalu aktif terutama anak saya Dealova Heyrinna, 3, dan Aurora Heyrinna yang kini berusia enam bulan.

"Saya tidak amalkan apa-apa diet mencatu makanan, cuma saya akui kurang makan makanan dan minuman bergula sahaja bagi mengelak masalah kesihatan," ujarnya.

Faezah berkahwin dengan pengarah drama Heykal Hanfiah pada 9 September 2011.

Pelakon itu turut menjaga tiga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, 16, Sarah, 14, dan Luq Adam, 6.

Sementara itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya, Faezah berkata, dia bakal pulang menyambut raya di rumah keluarga suaminya di Kulim, Kedah kemudian di kampung halamannya di Pulau Pinang.

Dia dan suami tidak pernah mempunyai masalah giliran beraya setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

"Kampung kami dekat sahaja jadi setiap kali raya memang tidak pernah ada masalah balik kampung.

"Biasanya kami balik Kulim Kedah dahulu rumah suami kemudian pulang ke Pulau Pinang pula," ujarnya.

Faezah Elai

Artikel Sebelum

Artikel Lain