suria

Raja Farah Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Raja Farah bersama bayi lelakinya yang dilahirkan pada 3.55 pagi, Rabu. Foto Ihsan Instagram @rajafarahraziz
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Raja Farah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 3.55 pagi, Rabu.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 28, menerusi Instagram miliknya memaklumkan bayi seberat 3.16 kilogram itu dilahirkan secara normal.

"Syukur ke hadrat Allah di atas anugerah ini dan terima kasih kepada semua doa dan kata-kata sokongan daripada kawan-kawan dan peminat," katanya.

Perkahwinan Raja Farah dan suami, Iskandar Ismail kini lengkap dengan kehadiran bayi sulung mereka.

Pelakon itu turut memuat naik gambarnya bersama suami, Iskandar Ismail, 34 dan bayi mereka untuk tatapan peminat.

Raja Farah dan Iskandar, berkahwin pada 6 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon itu selepas bercerai dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Raja Farah tidak dikurniakan anak.

Raja Farah, Iskandar Ismail

Artikel Lain