PETALING JAYA: Selepas meraih populariti di aplikasi nyanyian 'Smule', penyanyi baharu Eka Sharif akhirnya keluar dengan single pertama berjudul Mengenal Cinta. Eka atau nama sebenarnya Nur Atiqah Binti Shariffudin, 27, berkata, lagu bergenre pop itu merupakan hasil ciptaanya sendiri dengan kerjasama Ardiv Jauhari. "Setelah lama mendiam diri dalam industri saya akan muncul dengan mempertaruhkan single terbaharu berjudul Mengenal Cinta. "Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang baharu pertama kali bercinta dan belajar untuk setia dengan pasangannya," ujarnya. Eka Sharif sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasia 9 dan kemudian bergerak secara duo dengan kumpulan Hanarose. Bagaimanapun, kerjaya nyanyiannya kurang mendapat sambutan sebelum muncul dikenali menerusi aplikasi Smule. Dia menyanyikan semula lagu Sudah Ku Tahu daripada Projector Band bersama Khai Bahar mendapat lebih satu juta tontonan di Youtube. Eka Sharif kini bernaung di bawah syarikat rakaman MAP Music. Lagu Mengenal Cinta dijangka akan disiarkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat.