PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memutuskan kategori Anugerah Filem Terbaik Nasional sebagai anugerah utama kebangsaan di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang bakal berlangsung pada 3 September depan. Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, kategori utama itu merujuk kepada filem terbaik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai pertuturan filem selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan negara. "Finas selaku penganjur mengambil setiap maklumbalas dan pandangan pemimpin, karyawan industri dan masyarakat sebagai medium perkongsian untuk menambahbaik penganjuran FFM di masa hadapan. "Justeru itu, bagi Festival Filem Malaysia ke 28 ini, Finas memutuskan mekanisme baharu yang perlu dihormati dan dilihat daripada sudut positif oleh semua pihak," ujarnya menerusi satu kenyataan kepada media pada Jumaat. Filem Mat Motor tercalon kategori Anugerah Filem Terbaik Nasional Sementara itu, kategori Anugerah Filem Terbaik Malaysia FFM28 adalah anugerah terbaik festival kepada filem yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan sebarang bahasa yang dituturkan oleh rakyat negara ini sebagai bahasa pertuturan filem. Selain itu, kategori Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Bahasa Malaysia telah dimansuhkan dan semua filem akan bertanding dalam kategori tersebut tanpa mengira bahasa. Anugerah bagi kategori-kategori lain yang sebelum ini dipertandingkan tanpa mengira bahasa adalah dikekalkan. Dalam pada itu, Mohd Khusairi berkata, satu perjumpaan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak bersama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman dan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) telah diadakan pada pada 16 Ogos lalu di Hotel Seri Pacific, dekat sini. Katanya, penjelasan telah dibuat berkaitan mekanisme baharu FFM28 selaras dengan pemansuhan kategori Filem, Pengarah dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan kewujudan Anugerah Filem Terbaik Berbahasa Kebangsaan sebelum ini. Adegan filem Jagat. "Persatuan telah menerima dengan baik pencerahan yang diberikan menteri seiring semangat untuk terus memartabatkan industri kreatif tanahair, memupuk perpaduan dan semangat toleransi pelbagai kaum. "Selain mempertahankan kedaulatan Perlembagaan, khususnya dalam soal bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi milik seluruh warganegara tanpa mengira kaum," ujarnya. Tambahnya, Finas berharap semua pihak menerima keputusan ini tanpa prejudis dan polemik selari dengan objektif utama FFM sebagai pengiktirafan kerajaan kepada pencapaian dan kecemerlangan karyawan industri filem negara. Malam perasmian FFM28 bakal berlangsung pada 1 September di Studio Soundstage, Finas, Ulu Klang. Seterusnya, malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD. Berikut adalah senarai baharu pencalonan Festival Filem Malaysia Ke-28: ANUGERAH FILEM TERBAIK NASIONAL FFM28 NOTA POLIS EVO MUNAFIK MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT JEJAK WARRIORS ANUGERAH FILEM TERBAIK MALAYSIA FFM28 NOTA POLIS EVO MUNAFIK MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT JEJAK WARRIORS OLA BOLA MARAVAN JAGAT HUAT THE FISH THE KID FROM THE BIG APPLE ANUGERAH LAKONLAYAR TERBAIK NOTA SUAMIKU ENCIK PERFECT POLIS EVO MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT LOVE SUPERMOON OLA BOLA THE KID FROM THE BIG APPLE HUAT THE FISH MARAVAN JAGAT PENGARAH TERBAIK FFM28 GHAZ ABU BAKAR / POLIS EVO SAW TEONG HIN / JEJAK WARRIORS SHAMYL OTHMAN / REMBAT SYAMSUL YUSOF / MUNAFIK WAN HASLIZA WAN ZAINUDDIN / LOVE SUPERMOON CHIU KENG GUAN / OLA BOLA JESS TEONG / THE KID FROM THE BIG APPLE PUVANENDRAN SELVARAJA / MARAVAN SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT YEE KWAN HUAH & SILVER / HUAT THE FISH PENGARAH BAHARU TERBAIK FEROZ KADER / SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT JESS TEONG / THE KID FROM THE BIG APPLE DAVEN RAGHAVAN / CCTV PELAKON WANITA TERBAIK LISA SURIHANI / SUAMIKU ENCIK PERFECT MAYA KARIN / NOTA MAYA KARIN / JWANITA NABILA HUDA / MUNAFIK NADIYA NISAA / LOVE SUPERMOON PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK FALISHA CROSLEY / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT MARIANNE TAN / OLA BOLA NUR RISTEENA / GIRLFRIEND KONTRAK RAJA ILYA / SUAMIKU ENCIK PERFECT ZARA ZYA / REMBAT PELAKON LELAKI TERBAIK AARON AZIZ / SUAMIKU ENCIK PERFECT ANIU / REMBAT PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT SHAHEIZY SAM / POLIS EVO ZIZAN RAZAK / POLIS EVO PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK ADAM SHAHZ / JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN CHE AMAR / CHOWRASTA KEITH FOO / GIRLFRIEND KONTRAK MAS KHAN / BIASAN SARAN KUMAR / OLA BOLA PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK ADELINE TSEN / GAMATISME AMINAH RHAPOR / CHOWRASTA ANNE NGASRI / LOVE SUPERMOON CHRISTINA SUZANNE / JWANITA FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD / LANGIT CINTA PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK RAMLI HASSAN / NOTA AZAD JAZMIN / GIRLFRIEND KONTRAK HASNUL RAHMAT / JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN HUSHAIRI HUSAIN / POLIS EVO SRI BALASUBRAMANIAM / OLA BOLA PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK ALIFF FIRDAUS / JEJAK WARRIORS HARVIND RAJ / JAGAT RYQAL ISKANDAR / CICAKMAN 3 SHIVATHARAN NAMBIAR / OLA BOLA TAN QIN LIN / THE KID FROM THE BIG APPLE CERITA ASAL TERBAIK OLA BOLA REMBAT MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT JAGAT THE KID FROM THE BIG APPLE SINEMATOGRAFI TERBAIK POLIS EVO BRAVO 5 MUNAFIK MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT JAGAT PENYUNTING TERBAIK OLA BOLA JAGAT THE KID FROM THE BIG APPLE POLIS EVO MUNAFIK PENATAAN SENI TERBAIK JAGAT BRAVO 5 OLA BOLA HUAT THE FISH THE KID FROM THE BIG APPLE PENATAAN BUNYI TERBAIK REMBAT POLIS EVO MUNAFIK MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT VILLA NABILA KESAN VISUAL KHAS TERBAIK KAPSUL OLA BOLA MUNAFIK CICAKMAN 3 THE NOISE PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK OLA BOLA CICAKMAN 3 BRAVO 5 THE KID FROM THE BIG APPLE POLIS EVO SKOR MUZIK ASAL TERBAIK CHOWRASTA JWANITA PILOT CAFÉ OLA BOLA MUNAFIK LAGU TEMA ASAL TERBAIK NUR ZAIDI ABD RAHMAN – LANGIT CINTA (DAYANG NURFAIZAH) SYAMSUL YUSOF – KALAH DALAM MENANG (SYAMSUL YUSOF & MAWI) EDRY ABDUL HALIM – ADIWIRA (ZIZAN RAZAK & KRU) NUR ZAIDI ABD RAHMAN – UNTUK CINTA (DAYANG NURFAIZAH) ZEE AVI & RENDRA ZAWAWI – ARENA CAHAYA (ZEE AVI)