suria

Zamani Tepis Dakwaan Hasrat Kahwin Dapat Tentangan Keluarga

Zamani enggan belakangi keluarga verita soal kahwin.

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani menolak dakwaan kononnya hubungan cinta dengan seorang wanita yang ingin dikahwininya mendapat tentangan keluarga.

Bagaimanapun Zamani, 44, mengakui, masalah jadual seni yang padat membuatkan dia dan wanita itu belum membuat sebarang perbincangan secara serius bersama ahli keluarga untuk meneruskan niat berumah tangga.

"Buat masa ini saya betul-betul sibuk, tapi ia bukan bermakna saya tolak tepi soal kahwin.

Zamani akan beritahu tentang perkahwinanya lepas capai keputusan keluarga.
"Cuma, buat masa ini tiada apa-apa perbincangan serius daripada kedua-dua belah pihak antara keluarga saya dan dia," ujarnya kepada mStar Online.

Zamani ditanya tentang perkembangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang masih dirahsiakan identitinya.

Tambah penyanyi laguGerimis Mengundang ini, dia enggan memberi ulasan yang boleh dianggap membelakangi keluarganya selagi tiada keputusan rasmi daripada kedua-dua pihak keluarga.

"Saya bukan tak mahu jawab tentang hal kahwin, ia melibatkan keluarga dan saya tidak mahu kenyataan saya akan membelakangi keluarga.

"Kalau boleh saya mahu jaga hati kedua-dua belah pihak, saya tidak berani nak cakap," ujarnya.

Tambahnya, dia akan membuka mulut tentang hal berkaitan perkahwinannya selepas ada keputusan yang telah dicapai.

Pada Jun lalu, Zamani pernah mengeluarkan kenyataan untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang telah lama dikenalinya.

Zamani

Artikel Lain