suria

Shah Iskandar Belum Berjaya Pujuk Ibu Pindah Kuala Lumpur

Shah Iskandar tidak berjaya memujuk ibunya untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Foto LOW BOON TAT

PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar memberitahu dia masih belum berjaya memujuk ibunya, Haliza Yusof untuk berpindah ke Kuala Lumpur kerana wanita berkenaan keberatan meninggalkan Singapura.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, ibunya itu juga keberatan untuk meninggalkan kerjayanya di bahagian kewangan di sebuah pasar raya republik itu.

"Sebelum berkahwin lagi saya sudah memujuknya berhijrah ke Malaysia tetapi dia cukup berat hendak tinggalkan kerjayanya di Singapura.

"Saya bimbang juga keadaannya di sana dan mahu dia tinggal bersama saya memandangkan saya pun sudah berkahwin dengan orang sini," katanya kepada mStar Online.

Sejak berkahwin Shah lebih gemar menghabiskan masa di rumah.
Shah berkahwin dengan Siti Sarah Mohd Noor, 30, pada 16 Januari lalu pada majlis yang diadakan di The Ballroom At East Coast, Singapura.

Dalam pada itu, Shah berkata, sejak berkahwin dia lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama isteri sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen.

Kata Shah, dalam tempoh ini mereka masih menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan dan saling mengenali dengan lebih baik sebagai suami-isteri.

"Jika dahulu ada masa lapang mesti keluar dengan kawan-kawan tetapi sekarang situasi sudah berbeza dan saya perlu lebih suka berada di rumah.

"Kami pun masih membiasakan diri dengan alam perkahwinan dan masih mencari keserasian," ujarnya.

Sementara itu, ditanya soal anak, Shah berkata, dia sudah bersedia bergelar bapa namun meletakkan soal itu kepada rezeki Allah.

"Buat masa ini masih belum ada rezeki dan kami tidak merancang pun. Jika ada Alhamdulillah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shah berkata, dia baharu sahaja selesai mejalani penggambaran dua buah drama bersiri iaitu Mat Chia Chia dan Biar Aku Jadi Penunggu.

Shah Iskandar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain