KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies menegaskan bahawa dia dan aktor Azrel Ismail tidak pernah menjalinkan hubungan cinta seperti dilaporkan media baru-baru ini. Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24 berkata, dia juga tidak pernah mengakui tentang hubungan istimewa itu sebaliknya lebih selesa berkawan rapat dengan pemuda berkenaan. Ruhainies lebih selesa berkawan baik dengan Azrel. "Saya tahu ada kenyataan bercanggah tentang hubungan kami dan secara jujurnya kami tidak bercinta pun seperti dikatakan namun sekiranya ditakdirkan ada jodoh di antara kami saya tidak menolak. "Bagaimanapun saya menghormati dia sebagai kawan baik dan turut mendoakan agar dia bertemu dengan wanita yang sesuai dengannya," katanya kepada mStar Online. Ruhainies ditemui pada majlis pelancaran dan pembukaan Naarabelle Facespa yang diadakan di Setapak Central, di sini, Khamis. Terdahulu, pelakon Menantu Tingtong ini dilaporkan mengesahkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Azrel yang juga pasangannya dalam drama bersiri tersebut menerusi sebuah akhbar minggu lalu. Dalam pada itu, Ruhainies berkata, dia tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Azrel yang popular menerusi drama Lelaki Macam Dia itu kecuali menghadiri majlis-majlis hiburan. "Kami sebenarnya tidak pernah keluar bersama atas urusan peribadi atau sekadar melepak dan kebiasaannya bertemu di majlis-majlis hiburan. Antara selebriti yang hadir pada pelancaran Naarabelle Facespa. "Pernah juga kami rancangan untuk berjumpa keluar makan tetapi sehingga hari ini tiada masa tambahan pula kami masing-masing sibuk dengan kerja," jelasnya. Sementara itu, ditanya mengenai namanya yang sering terpalit kontroversi, Ruhainies berkata, dia tidak mudah melatah dan cuba menyelesaikan sesuatu keadaan dengan baik. "Kalau ada isu saya akan cuba selesaikan dan tidak mahu menyembunyikan diri. "Pada saya lebih tenang jika dapat jelaskan keadaan sebenar daripada membuat orang lain tertanya-tanya," ujarnya.