suria

Saharul Ridzwan Selamat Bergelar Suami Qaabila Deena



PETALING JAYA: Pelakon Hati Perempuan, Saharul Ridzwan selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, kira-kira pukul 9 pagi Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Qaabila Deena Emir.



Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja tanpa pihak media.

Saharul turut menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.



Dalam pada itu, Saharul turut meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya berjalan lancar.

"Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya, dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab idan amanah ni dengan sebaik-baiknya” ujarnya.



Majlis resepsi akan diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada petang Jumaat (petang ini) di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Manakala, majlis bersama peminat akan diadakan pada Ahad di Shah Alam.

Saharul Ridzwan

Artikel Lain