suria

'Konsert Kejora Bersatu' Bukti Irama Nasyid Punyai Pengikut

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamae Juhari Shaarani (depan - Empat dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam konsert Kejora Bersatu yang bakal diadakan pada 7 Oktober depan di Istana Budaya.

KUALA LUMPUR: Penerbit Konsert Kejora Bersatu, Datuk Hakime Faizal Zaulkaple menolak tanggapan irama nasyid ketika ini sudah terpinggir sebaliknya genre berkenaan mempunyai peminatnya tersendiri.

Hakime berkata, keberaniannya untuk melaksanakan konsert di pentas berprestij iaitu Istana Budaya adalah atas dasar percaya bahawa irama nasyid masih lagi relevan.

“Mungkin kita lihat perkembangan irama nasyid kebelakangan ini agak perlahan namun saya percaya irama ini tetap ada pengikut dan peminatnya yang tersendiri.

"Atas dasar itu, saya dan pihak Istana Budaya yakin Konsert Kejora Bersatu yang akan diadakan bakal medapat,” katanya kepada mStar Online.

Hakime ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya, di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Artis nasyid yang bakal terlibat dalam konsert berkenaan ialah Rabbani, Hijjaz dan Brothers.

Ia bakal diadakan selama dua hari bermula 7 Oktober depan.

Dalam perkembangan sama kata Hakimie penganjuran konsert itu antara lain bertujuan menyemarakkan lagu-lagu nasyid sempena kedatangan tahun baru Islam iaitu Muharram 1348H selain mengembalikan kegemilangan irama berkenaan yang menjadi fenomena pada tahun 1996.

“Kalau ada yang masih ingat pada waktu itu irama nasyid pernah mencetus satu fenomena luar biasa.

"Selain Raihan, tiga nama ini iaitu Rabbani, Hijjaz dan Brothers antara pelopor terawal memperkenalkan irama nasyid secara komersil,” katanya.

Beberapa artis turut dijemput bagi menjayakan konsert itu antaranya COV (Colour Of Voice), Nazrey Johani dan Zulfadhli Afad.

Pemain gitar terkenal, Hillary Ang bakal mengiringi persembahan berkenaan.

Tiket bagi menyaksikan persembahan tersebut dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.

Ia boleh didapati di kaunter tiket Box-Office Istana Budaya atau layari laman sesawang www.airasiaredtix.com

Rabbani, Hijjaz, Brothers

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain