suria

Che Ta Bengang Beg Dinanti Tidak Tiba

PETALING JAYA: Pelakon  Rozita Che Wan kesal kerana gagal menghadiri satu majlis makan malam gara-gara bagasinya tidak tiba ketika mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.

Rozita, 43, dalam status videonya menerusi Instagram menyelar sebuah syarikat penerbangan yang disifatkannya gagal melaksanakan tugas dengan baik sehingga dia berhadapan masalah itu.

“I (saya) tak tahu macam mana MAS buat kerja, I (saya) fly (terbang) dari KL (Kuala Lumpur) ke Sabah, tapi beg I (saya) still (masih) dekat KL dan malan ni I (saya) ada dinner (makan malam) dan I (saya) tak boleh pergi dinner (makan malam) sebab beg I (saya) takde,” luahnya dalam video di Instagramnya itu.

Dalam pada itu menerusi catatan pada status Instagram berkenaan Rozita berkata, dia menaiki pesawat dengan menempah tempat duduk perniagaan dan dalam pesawat itu tiada ramai penumpang.

"And I fly bisnes (business) class (Dan saya terbang kelas perniagaan), bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir bag (beg) tu!!. So embarrassing (sangat memalukan) dengan servis MAS,” luahnya.

Video berkenaan sehingga petang Jumaat mendapat lebih 160,000 tontonan.

Rozita Che Wan, Che Ta

Artikel Lain